Pramugari dibuang kerja, jual nasi kukus tepi jalan

SEORANG pramugari yang sebelum ini terbang ke seluruh dunia terpaksa menukar kerjaya kepada penjual nasi kukus di tepi jalan selepas dibuang kerja susulan impak pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia.


Nur Shareen Mohd Zaini, 41 dilaporkan bertugas dengan Malaysia Airline sejak tahun 1997 sebelum menyertai Malindo Air dalam tahun 2016.

Nasi Kukus Pramugari

Tekad tidak mahu bersedih selepas terpaksa meninggalkan kerjaya yang diminati, ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun itu, mengambil keputusan menjalankan perniagaan nasi kukus ayam berempah bersama ibu dan adiknya di Taman Lavender Heights, Senawang.

Katanya, dia memang sudah bersedia untuk menerima keputusan diberhentikan kerja kerana ada mendengar ura-ura syarikat tempatnya bekerja mahu memberhentikan mereka ekoran Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.


"Bagaimanapun pampasan yang diterima daripada syarikat tidak setimpal dan Saya mula memikirkan perniagaan yang boleh diceburi." katanya.

"Sejak diberhentikan kerja Saya bincang dengan ibu kerana dia pandai masak. Pada mulanya Saya menjual nasi ayam kunyit tetapi selepas itu kami putuskan untuk fokus kepada satu menu sahaja iaitu nasi kukus ayam berempah,"

Nasi kukus ayam berempah

"Keunikan menu ini adalah kerana saya menggunakan rempah gulai kerutub yang dibawa khas dari Kota Bharu, Kelantan dan sambal belacan yang mempunyai rasa manis dan pedas," katanya.


Nur Shareen memulakan perniagaan dengan menggunakan modal sebanyak RM200 untuk berniaga. Menurutnya 50 bungkus nasi kukus jualan pertamanya habis terjual.

Keputusan dibuatnya itu nampaknya berbaloi apabila perniagaan yang diusahakannya mendapat sambutan meriah dari orang ramai. Gerai jualannya mendapat gelaran "Nasi Kukus Pramugari,"

"Namun jika ada rezeki saya memang mahu kembali menyertai syarikat penerbangan kerana minat yang begitu mendalam," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan