Prestasi ekonomi Indonesia 2020 kedua terbaik dunia selepas China

BERDASARKAN laporan CNBC Indonesia, semasa krisis pendemik Covid-19 dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan ekonomi Indonesia akan mencatatkan perkembangan yang mengagumkan.


Menurut IMF, perkembangan ekonomi republik itu bagi tahun 2020 kedua terbaik dunia selepas China.

Bandar Jakarta

"Indonesia merupakan antara kumpulan G-20 memiliki perkembangan ekonomi terbaik selepas China," kata Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati pada hari selasa 24 November 2020.

Menurut Mulyani, keadaan ekonomi global berdepan tekanan besar sepanjang tahun 2020. Ekonomi semua negara termasuk ahli G-20 juga mengalami penguncupan.


"Kita akan berusaha menjaga ekonomi Indonesia agar kita mampu mengatasi covid 19 dan sekaligus memulihkan ekonomi menjadi ekonomi yang lebih kuat, sihat, dan mampu membangunkan asas yang lebih kukuh," katanya.

Kakitangan Khas Kementerian Kewangan republik itu, Yustinus Prastowo turut menyentuh perkara itu.

"Di tengah-tengah tekanan ekonomi global, kita patut bersyukur dan terus kekal optimis," katanya.


Untuk rekod, pada suku kedua tahun 2020 pertumbuhan ekonomi Indonesia mencatatkan pertumbuhan - 5.32% manakala pada suku ketiga, keadaan ekonomi masuk ke fasa resesi dengan -3.49%

Pada 11 Febuari 2018, menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati pernah menerima anugerah Menteri Terbaik Dunia dalam Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai.

Anugerah itu disampaikan sebagai mengiktiraf sumbangan tokoh wanita berusia 57 tahun itu dalam melaksanakan pembaharuan di republik Indonesia.

Anugerah berkenaan yang dinilai secara bebas oleh firma perunding Antarabangsa Erns & Young disampaikan oleh Emir Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum yang juga merupakan Perdana Menteri Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan