Sabotaj air Selangor 2 lelaki berdepan hukuman penjara seumur hidup

DUA lelaki termasuk seorang pengarah syarikat yang dipercayai terlibat dalam jenayah terancang menerusi aktiviti sabotaj air Selangor dihadapkan ke mahkamah semalam.


Lim Kian Aik berumur 42 tahun merupakan seorang pengarah syarikat dan seorang lagi kontraktor juga berusia 42 tahun, R Nathan masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di depan Maziah Joary Mohd Tajudin, Hakim Mahkamah Seksyen Selayang

Sabotaj Air Selangor

Kedua-dua mereka dilaporkan ditahan kerana melakukan kesalahan terhadap keselamatan negara mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA).

Mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 124K Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen 124K kanun yang serupa.


Timbalan Pendakwaraya Muhammad Iskandar Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana kes ini membabitkan kesalahan terhadap keselamatan negara dan perlu mengguna pakai tatacara SOSMA supaya kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

"Sehubungan itu pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan untuk mendapatkan izin bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Mereka juga turut menghadapi 5 lagi pertuduhan lain. bagi pertuduhan kedua mereka didakwa dengan niat bersama melepaskan bahan merbahaya ke dalam tempat Rawatan kumbahan awam milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Jalan Velox Utama, Taman Velox, Rawang, Selangor sehingga menyebabkan fungsi tempat rawatan itu terjejas.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa dengan niat bersama menjalankan aktiviti kemudahan penyimpanan (luar tapak) tanpa kelulusan daripada ketua pengarah Kualiti Alam Sekitar di tempat yangcsama pada jam 10.45 malam, 10 November lalu.


Dalam pertuduhan keempat, mereka dituduh dengan niat bersama menggunakan premis tersebut untuk menempatkan bahan buangan berjadual iaitu pelarut organik bukan terhalogen tanpa mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, Nathan dan Lim dituduh dengan niat bersama menggunakan premis tersebut untuk penempatan bahan buangan tanpa lesen yang sah daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Kelima-lima pertuduhan tersebut mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda hingga RM500,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan