Scan MySejahtera ketika isi minyak, kenyataan operator Hotline MKN bercanggah

DUA operator hotline Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ditanya sama ada perlu untuk mendaftar (scan) aplikasi MySejahtera, dilaporkan bercanggah antara satu sama lain.


Pihak polis semalam menyatakan bahawa kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan hukuman.

Stesen Minyak

Menurut sumber berita Sin Chew Daily, seorang operator mengatakan tidak perlu scan MySejahtera jika pengguna membayar menggunakan kad kredit secara terus di pam minyak tanpa masuk ke dalam stesen.

"Jika individu dikenakan kompaun, mereka boleh merayu," kata operator berkenaan.

Bagaimanapun seorang lagi operator senada dengan kenyataan pihak polis yang mengatakan bahawa pendaftaran MySejahtera adalah wajib walaupun pengguna tidak pergi ke kaunter pembayaran di stesen minyak.


"Jika mereka tidak scan aplikasi itu, polis akan keluarkan kompaun. Maka orang ramai wajib scan ketika mengisi minyak," kata seorang lagi operator.

Operator kedua itu juga mengatakan bahawa mengimbas kod QR MySejahtera di kaunter  menimbulkan kebimbangan tentang penggunaan telefon bimbit berdekatan dengan pam minyak.

Apabila ditanya berhubung bercanggahan antara kedua operator hotline MKN itu, katanya perkara itu akan dibangkitkan dalam taklimat ringkas esok berhubung hal keselamatan berkaitan Perintah Kawalan Keselamatan Bersyarat (PKPB).

Sebelum itu China Press memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mior Faridalatrash Wahid yang mengatakan bahawa pendaftaran MySejahtera wajib dilakukan di stesen minyak meskipun pengguna tidak pergi ke kedai serbaneka atau kaunter pembayaran.


"Jika orang ramai tidak mendaftar atau mengimbas, bagaimana pihak polis mengesan mereka sekiranya terdapat kes Covid-19 di kawasan itu?" katanya.

Mior memberi ulasan berhubung satu klip suara yang tular oleh seorang lelaki mendakwa ayahnya dikenakan denda RM1000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera sebelum mengisi minyak di stesen minyak meskipun dia memakai pelitup muka.

Sumber — Malay Mail

1 Comments

  1. Macamni kena tukar kerajaan lagi!, tak habis habis nyusahkan orang, ingat 1,000 tu sikit ke, aku hari-hari isi minyak motor, sebulan kena RM 30,000

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post

iklan