Selebriti program realiti ditahan atas tuduhan rogol

POLIS dilaporkan telah menahan seorang selebriti program realiti televisyen atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun tahun lalu.


Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada hari Khamis 26 November 2020 (semalam) susulan aduan yang dibuat oleh mangsa sehari sebelum itu.

gari

Menurut Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, mangsa mengenali suspek yang berusia 25 tahun itu menerusi laman sosial Instagram dan mereka telah berjumpa pada 11 September 2019 sekitar 8.00 untuk berbincang tentang rawatan perubatan Islam bagi mengubati tekanan.

"Suspek telah membawa mangsa ke sebuah tempat makan di batu 3 shah alam sebelum membawanya ke keadiamannya di sebuah unit kondominium terletak di Seksyen 7 di mana mangsa didakwa telah dirogol,"


"Keesokkan harinya sekitar jam 6.40 pagi, suspek dikatakan memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan kejadian itu, sebelum mangsa pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya menggubakan khidmat e-hailing (grab)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat.

ACP Baharudin berkata, susulan kejadian itu mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang pada 23 September 2019 akibat tekanan emosi dan telah dirujuk untuk mendapatkan rawatan psikiatri.

Tambahnya lagi mangsa telah pulang ke rumah keluarganya di Triang, Pahang pada bulan Oktober 2019 dan menyambung rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.


Kes itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan