Suami hadiahkan isteri jambangan bunga dari wang tunai RM29,000 sempena hari jadi ke 29

TINDAKAN seorang suami menghadiahkan jambangan bunga gergasi kepada isteri yang diperbuat dari wang tunai berjumlah RM29,000 tular di laman sosial Facebook.



Jambangan bunga gergasi itu diperbuat dari 290 keping wang note RM100 yang dibentuk sebagai 'kuntuman-kuntuman bunga' sempena hari jadi isterinya yang ke 29 tahun.

jambangan bunga RM29,000

Difahamkan suami mengambil keputusan untuk menghasilkan jambangan bunga besar itu kerana isterinya telah menyambut hari lahir ke 29 tahun pada 29 September lalu.


Difahamkan juga, 6 orang pembantu diperlukan untuk melekatkan setiap kepingan note RM100 kepada sebatang lidi untuk menyiapkan jambangan itu yang memakan masa selama 18 jam.

Jambangan bunga duit

Hadiah hari jadi itu diberikan lewat 2 bulan selepas tarikh sepatutnya susulan keadaan perniagaannya yang sedang bergelut akibat pandemik Covid-19.


Netizen pula terutama wanita macam biasalah, selain mengucapkan tahniah, ramai yang 'tag' suami dan pasangan masing-masing untuk beri 'hint' kalau boleh nak dapat hadiah serupa di hari jadi mereka yang akan datang. Manalah tahu ada rezeki.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan