Tak perlu imbas MySejahtera ketika isi minyak kata Persatuan Pengusaha Stesen Minyak

INDIVIDU hanya perlu mengimbas (scan) Aplikasi MySejahtera apabila memasuki kedai, tandas dan surau di stesen stesen minyak, kata Persatuan Pengusaha Petrol Malaysia (PDAM) lapor The Star.


Presidennya Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata arahan yang diberikan kepada mereka hanyalah untuk mendapatkan butiran pelanggan apabila mereka memasuki lokasi-lokasi tersebut.

Scan MySejahtera

Beliau mengesahkan bahawa pelanggan tidak perlu berbuat demikian ketika mengisi minyak di kenderaan.

"Apa yang diberitahu ialah kami perlu mendapatkan imbasan Kod QR, dan suhu setiap individu yang masuk ke kedai tandas dan surau,"

"Selain itu tak perlu," katanya ketika dihubungi pada hari selasa (10 November 2020).


Menurutnya lagi salah seorang pemilik stesen minyak telah mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada Pusat Persediaan dan Tindakbalas (CPRC).

"Selain itu adalah berbahaya jika menggunakan telefon bimbit berhampiran dengan pam minyak. Jadi sebagai langkah keselamatan tidak praktikal untuk berbuat begitu,"

"Bagi mesen dan infrastruktur layan diri, tak perlu imbas Kod QR," katanya.

Sebuah email yang ditulis oleh CPRC dan dilihat oleh portal The Star memberi maklum balas kepada pertanyaan tentang perkara itu juga mengesahkan bahawa individu hanya perlu mengimbas Kod QR ketika memasuki suatu premis.


"Lawatan singkat seperti mengisi minyak di stesen petrol atau ketika membuat pembayaran tidak memerlukan pengimbasan Aplikasi MySejahtera," tulis email itu.

Isi ini timbul susulan penularan satu audio clip seorang lelaki mendakwa bapanya telah dikenakan hukuman denda RM1,000 kerana tidak mengimbas aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak.

1 Comments

  1. Ada yang makan pelempang aku ni kang, cakap berbelit-belit. Kesimpulannya nak kena imbas ke tidak ni? Pakcik yang kena saman RM1000 tu siapa pula nak tolong bayar?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan