Tarikh peperiksaan SPM, SVM, STPM, STAM 2020 dipinda

MENTERI Kanan Pendidikan Malaysia, Radzi Jidin sebentar tadi mengumumkan bahawa KPM telah mengambil keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan bagi calon-calon SPM, SVM, STAM tahun 2020 disebabkan situasi wabak pandemik Covid-19 pada masa ini.

"Mengambil kira situasi semasa KPM telah membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan tersebut. Peperiksaan SPM, SVM, STAM akan bermula pada 22 Febuari 2021. Manakala peperiksaan STPM, akan bermula pada 8 Mac 2021," katanya.

Menteri Kanan Pendidikan

Menurutnya perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.

Katanya lagi bagi membantu calon-calon peperiksaan awam tahun 2020 membuat persediaan secukupnya sebelum menduduki peperiksaan, KPM memutuskan bahawa mereka akan menyambung persekolahan secara bersemuka di sekolah masing-masing mulai 20 Januari 2021.

Tambahnya KPM berharap ruang yang ada ini dapat memberi manfaat kepada calon yang terkesan dengan penutupan sekolah. 

"Kesemua ketetapan ini juga terpakai kepada sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM."

"Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga, mereka disaran untuk mengikut ketetapan ini," katanya.

Sumber — Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan Malaysia (KPM) Jam 11:30 pagi, 8 November 2020.

1 Comments

  1. Dia reti ker tidak jadi menteri Pendidikan Ni? Lantik hok tak reti gapo satu, pah tu mula lah gelabah beghuk.
    Kes covid di teganu bukan banyakpun. Takkanlah sbb agong x mo isytihar darurat pm daruratkan dgn umum pkpd. Mapooh lar lagi ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan