Terlalu banyak anugerah datuk dari Melaka tahun ini tidak masuk akal — penganalisis politik

PEMBERIAN begitu banyak anugerah datuk dari Negeri Melaka tahun ini dipertikai dan ia disifatkan sebagai tidak masuk akal.



Utusan Malaysia 17 November 2020 bertajuk "ramai sangat 'datuk' Melaka," melaporkan lebih 250 anugerah membawa gelaran Datuk Seri, Datuk Wira dan Datuk sempena penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka pada sambutan hari jadi ke 71 yang Dipertua Negeri Melaka.

Isu Datuk Melaka

Utusan Malaysia turut memetik kenyataan seorang penganalisis politik, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah, 


"Tidak logik apabila anugerah diberikan secara mudah khususnya kepada usahawan peniaga proksi politik, pelobi dan juga orang politik yang masih baru setahun jagung dalam landskap politik," katanya.

Meskipun setiap tahun perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan namun kali ini timbul persoalan sejauh mana pengiktirafan itu dinilai apabila ada kalanya anugerah diberikan kepada individu tidak dikenali masyarakat mahupun sumbangan mereka kepada negara.

Muhammad Anwar turut mendakwa bahawa anugerah yang suatu masa dahulu amat 'berharga' menjadi tidak bermakna susulan ada penerima yang tiada ketokohan serta sumbangan kepada negara atau negeri turut menerima pelbagai gelaran.


Katanya, pemberian Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk misalnya terlalu ramai iaitu sehingga 214 individu yang sekali gus dilihat kurang memberi kredibiliti.

"Penerima anugerah mestilah dalam kalangan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing atau pernah mengharumkan negara, membantu dan memperjuangkan pelbagai isu serta kebajikan Rakyat," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan