Tiga ahli politik Malaysia paling dibenci di Twitter

KAJIAN yang dijalankan oleh Kuala Lumpur School of Artificial Intelligence (KLSAI), mendapati 3 orang ahli politik paling dibenci di halaman media sosial Twitter.


Kajian itu dibuat berdasarkan 300,000 ciapan di Twitter di antara 21 hingga 25 Oktober lalu menerusi kaedah 'web scraping' dengan menggunakan pelbagai bots bagi mengeluarkan teks-teks ciapan pengguna twitter selama 5 hari.

"300K ciapan yang berasaskan politik, dalam jangka waktu di antara 21 sehingga 25 Oktober, telah diekstrak dan dianalisis. Pelbagai kod dan penjejak telah digunakan untuk mengekstrak kesemua ciapan-ciapan berkaitan, dan sentimen terhadap ciapan-ciapan ini telah dianalisis, termasuk bahasa yang biasa digunakan," lapor The Vibes memetik kenyataan institusi tersebut.


Ciapan berkaitan dengan Azmin, yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, 90.63 peratus negatif, diikuti oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (75.56% negatif) dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir (65.6% negatif).

Ahi politik paling dibenci di Malaysia

"Mungkin ahli politik tidak pedulikan rakyat secara serius, namun rakyat memerhatikan mereka. Ketika ketegangan untuk melaksanakan darurat, orang ramai berpendapat itu merupakan langkah Azmin dan Muhyiddin untuk kekal berkuasa," kata kenyataan itu.


Ciapan-ciapan lain menuding kepada ketiadaan Perikatan Nasional selepas pilihanraya negeri Sabah 26 September di mana kumpulan masyarakat dan penduduk terpaksa berusaha sendiri di tengah-tengah gelombang ketiga Covid-19.

Menurut KLSAI, sekiranya pilihanraya umum diadakan, PN kemungkinan besar sukar untuk mempertahankan Putrajaya.

"Berdasarkan situasi ini, jika kerajaan mahu mengadakan pilihanraya dengan wang cukai rakyat, Muhyiddin dan pasukannya akan gagal teruk."


"Netizen juga meluahkan betapa mereka memerlukan seorang pemimpin, bukan sekadar seorang Perdana Menteri, dan sebab itulah tanda pagar #MuhyiddinOut menjadi trend selama beberapa hari."

Berkenaan dengan Tun Mahathir pula, pengguna media sosial percaya bahawa beliau merupakan punca kepada "Langkah Sheraton," dalam bulan Februari yang membawa kepada kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan.

1 Comments

  1. Halo,
    Nama saya ANITA LANSAM (lansamanita@gmail.com) dari Tambun, Indonesia Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ALLAH yang telah mengakhiri penderitaan saya melalui Avants Loans karena telah memberikan pinjaman sebesar Rp280.000.000,00. Bagi yang sedang mencari pinjaman harus sangat berhati-hati karena banyak sekali lender palsu dimana-mana, hanya sedikit yang asli. Saya mengatakan ini karena saya scammed hampir Rp40jt. Hanya PINJAMAN AVAN yang nyata dan tepercaya karena mereka mentransfer pinjaman saya ke rekening saya tanpa menghabiskan banyak waktu. Mereka yang mencari pinjaman online asli dan sah harus menghubungi AVANTS LOAN melalui
    Email: (avantloanson@gmail.com)
    Whatsapp: (+6281334785906)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan