Tony Fernandes jadi rider penghantar makanan

KERAP kita dengar berita kakitangan syarikat penerbangan yang dibuang kerja dan terpaksa melakukan kerja lain termasuk sebagai rider penghantar makanan untuk memenuhi tuntutan dan kelangsungan hidup.


Kali ini nampaknya boss besar syarikat penerbangan AirAsia sendiri iaitu Tan Sri Tony Fernandes akan menghantar makanan terus ke rumah pelanggan.

CEO AirAsia itu memuat naik gambar dirinya memegang helmet dan mengenakan pakaian kasual di Instagram hari ini.

Tony Fernandes AirAsiaFood

"Siap sedia untuk hantar makanan ke rumah anda, periksalah di airasiafood," tulisnya.

Beliau turut memberi respon kepada orang ramai yang bertanyakan soalan tentang lokasi penghantaran makanan yang sudah diliputi oleh airasiafood itu.


Sebilangan memuji Tony sebagai pemimpin sebenar.

Berikutan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia, syarikat penerbangan AirAsia antara yang terjejas teruk.

Pendekatan syarikat itu mula menyediakan perkhidmatan menghantar makanan dilihat sebagai usaha untuk ia terus bertahan dan mengekalkan kelangsungan operasinya.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan