Top Glove dedah asrama pekerjanya dilengkapi fasiliti sukan dan tukang gunting rambut

SYARIKAT Top Glove semalam mendedahkan beberapa foto keadaan asrama pekerjanya yang dilengkapi dengan fasiliti sukan, tukang gunting rambut, dan kafeteria.


Pendedahan itu dipercayai susulan kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Saravanan yang sebelum ini dilapor menyifatkan asrama pekerja disediakan oleh syarikat sarung tangan itu sebagai 'teruk'

Ketika membuat kenyataan media atas talian semalam, syarikat itu mendedahkan beberapa gambar keadaan hostel pekerja bagi menyangkal tuduhan kononnya ia memberi layanan buruk kepada para pekerja.

Hostel Top Glove

Berdasarkan gambar berkenaan, hostel pekerja Top Glove kebanyakannya mempunyai katil dua tingkat, dilengkapi dengan tikar, bantal, cadar dan selimut, peti simpanan, dan juga kipas dinding.

Selain kemudahan tempat tidur, Top Glove juga turut menyediakan pekerjanya dengan pelbagai tempat bersosial dan beriadah seperti kafetaria, kemudahan permainan, bilik dandanan, papan chess, dan basikal senaman.


Syarikat itu ia juga telah membelanjakan sejumlah RM20 juta, untuk 100 unit ruang akomodasi pekerja dilengkapi dengan perkakas elektrik dan perabot, sejak dua bulan lalu. 

Hostel Pekerja Top Glove

Selain itu syarikat berkenaan turut mematuhi pelbagai saranan kerajaan di dalam mencegah jangkitan wabak Covid-19. 


Para pekerja Top Glove diarah mengamalkan 'penjarakan sosial' sepanjang masa ketika bekerja, termasuk sentiasa mengekalkan jarak 1 meter antara satu sama lain ketika berehat atau berada di dalam bas sama ada sewaktu pergi dan balik dari kilang dan asrama.

Penjarakan Sosial

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan sebelum ini  menuduh Top Glove memberikan layanan buruk kepada para pekerjanya.

Saravanan berikrar untuk mengambil tindakan tegas dan "semuanya," akan diselesaikan dalam masa seminggu.

Menurutnya beliau sudah ke asrama berkenaan dan mendapati keadaan amat teruk. 

"Saya sudah ke asrama dan keadaan amat teruk. Pegawai saya diarah untuk bertindak secara sepenuhnya (full force) kerana ini perkara besar, (melibatkan) koloni pekerja warga asing yang mudah terjejas,"


"Jika kita tidak bertindak kluster mungkin jadi tidak terkawal. Jabatan Tenaga Kerja akan memastikan majikan bertanggungjawab atas keadaan tempat tinggal pekerjanya dan tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang," katanya seperti yang dipetik oleh The Star.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan