Walau tak pandai IT guru ini bersusah-payah siapkan bahan mengajar untuk kelas online

INI ayah aku. Dia seorang guru yang akan bersara tidak lama lagi dalam masa 6 — 7 bulan. Satu hari semasa tempoh PKP, dia hubungi aku (facetime) dan minta aku periksa masalah hardware di laptopnya dari jauh.



Aku terpaksa sebut hardware itu sudah 'meninggal' sebab laptopnya cukup tua untuk disedekahkan kepada muzium. 

Kelas Online

Kemudian dia telah meminjam laptop dari kakak aku dan bertanya kepada aku kalau aku boleh tolong install beberapa software dari jauh ke dalamnya.

Pada masa itu barulah aku tahu sebenarnya dia lakukan ini semua untuk para pelajarnya. Aku cuba bergurau dengannya kenapa perlu bersusah payah sedangkan dia dah nak bersara tak lama lagi.

"Tunjuk muka sahaja pun boleh kan?" dia langsung tak jawab dan tetap suruh aku selesaikan tugas itu.


Pagi ini kakak hantar gambar ini kepada aku, secara jujurnya aku rasa malu sanagt dengan apa yang aku dah katakan sebelum ni.

Sebagai orang tua, yang tak tahu apa-apa tentang IT, ayah dah lakukan segala yang termampu untuk mengajar, untuk bantu dan bimbing para pelajarnya semasa saat sukar ini, tanpa tahu pun berapa ramai sebenarnya akan ambil perhatian.

Aku masih ingat dia pernah beritahu dulu, dia tak kisah berapa ramai murid dia ambil perhatian dalam kelas. Tapi kalau ada seorang darpada pelajarnya yang dapat buat dengan baik dalam peperiksaan atau dalam hidup pun dia dah rasa cukup gembira.

Ayah aku mungkin bukan cikgu terbaik dalam dunia ni, namun aku pasti dia salah seorang antara yang baik, seperti mana dia jadi seorang ayah yang baik kepada aku dan keluarga.


Tiada apa boleh aku cakap melainkan aku bangga dengan dedikasi dan semangatnya.

Kepada mereka yang kata guru makan gaji buta semasa tempoh PKP, tolong fikir baik-baik sebelum kau nak cakap begitu lain kali.

Tapi kalau kau masih fikir kerja jadi guru lebih mudah dari tugas-tugas lain, dengar aku nak kata ni, mak kau hijau.

Sumber — Facebook

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan