Warga emas jual buah naik Kelisa, kaut ribuan ringgit, langsung tak terjejas oleh Covid-19

HASIL jualan buah-buahan di tepi jalan yang diusahakannya setiap hari boleh mencapai ribuan ringgit kata seorang warga emas yang menjalankan perniagaan itu hanya dengan menaiki sebuah kereta Produa Kelisa di Pulau Pinang.



Huang Qin Liang, 60 sukakan kebebasan dan tidak suka dirinya disekat. Sudah lebih 20 tahun dia menjalankan perniagaan dengan memandu Produa Kelisa miliknya setiap hari di sekitar Pulau Pinang, Butterworth, dan Bukit Mertajam.

Warga Emas jual buah naik Kelisa

Apabila dia rasa ingin berhenti, dia akan berhenti dan keluarkan semua buah-buahan untuk diletak di luar kereta, ada yang diletak di atas bumbung, dan ada juga yang digantung di sekeliling keretanya. Semudah itu sebelum dia memulakan perniagaan menawarkan beberapa jenis buah-buahan yang dibawa kepada orang ramai.

Ketika ini umum mengetahui, banyak perniagaan yang sedang bergelut dan tidak kurang juga yang 'gulung tikar' akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun ini. Namun perniagaan Huang nampaknya langsung tidak terjejas.


"Buah-buahan ini ditanam oleh kawan-kawan saya di Gerik, Perak. Jualan harian saya boleh mencapai RM800 hingga ribuan ringgit. Malah coronavirus dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun tidak menjejaskan perniagaan saya," katanya seperti yang dipetik portal Sin Chew Daily.

Huang dilaporkan hampir setiap hari meletak kenderaan di depan Penang Buddhist School di Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang. Ramai pelanggan akan berhenti untuk membeli buah-buahan jika terserempak dengannya.

Pelanggan Buah

Tidak begitu banyak jenis buah-buahan yang dijual, antaranya durian belanda, pisang dan limau bali serta madu lebah hutan.


Ketika ditemubual, kata Huang satu masa dulu dia pernah menjadi pengimport dan pemborong barangan, namun disebabkan sukar untuk mengutip hutang, dia akhirnya memilih untuk menjadi penjaja buah-buahan sejak 20 tahun yang lalu.

Post a comment

0 Comments