Warga Nigeria campak budak 4 tahun dari tingkat 3

SEORANG suspek lelaki warga Nigeria ditahan kerana mencampak seorang budak lelaki yang juga merupakan cucu tirinya dari tingkat 3 sebuah apartment di Danau Kota, Setapak.


Ketua jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan hasil siasatan pihak polis mendapati sebuah keluarga yang tinggal di sebuah apartment mempunyai 5 orang anak dan satu cucu, telah bertengkar pada pagi tadi.

"Suspek lelaki Warganegara Nigeria merupakan suami kepada mangsa telah cuba merogol salah seorang anak tirinya, dan kemudian telah cuba melemaskan seorang anak tirinya yang berusia 8 tahun,"

Warga Nigeria campak budak
Suspek yang tidak berpakaian cedera selepas terjun untuk melarikan diri.

"Kemudian anak tirinya yang berusia 4 tahun telah dibunuh daripada tingkat atas, dan kemudian dicampak ke bawah," katanya.

Menurutnya suspek kemudian cuba untuk melarikan diri melalui tingkap dan telah terjun ke bawah mengakibatkan dirinya mendapat kecederaan.


"Pihak polis setakat ini masih lagi menjalankan siasatan di tempat kejadian dan kita akan temu bual jiran-jiran," katanya.

Menurutnya lagi, hasil temu bual daripada jiran-jiran sekeliling, mendapati saspek telah bertengkar sejak awal pagi tadi.

Akibat dari pergaduhan berkenaan, tiga orang ahli keluarga telah mendapat kecederaan iaitu ibu dan dua orang anaknya. Mereka telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kanak-kanak yang mati berusia 4 tahun yang juga merupakan anak bongsu dengan 4 lagi adik beradiknya.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan