Ah Long silap alamat simbah cat merah

SINDIKET pemberi pinjaman wang haram atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ah Long' dikatakan tersilap alamat dan menyimbah cat merah di sebuah rumah individu yang tidak pernah meminjam wang daripada lintah darat itu.



Difahamkan pengutip hutang berkenaan tidak memastikan betul-betul rumah mana yang perlu disimbah dengan cat merah akibatnya rumah milik seorang veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang menjadi mangsa.

Ah Long silap lempar cat merah

Kejadian dilaporkan berlaku pada 17 Disember 2020, di Sekinchan, Selangor. Mangsa dilaporkan terkejut ketika membuka pintu rumahnya apabila mendapati lantai dan pintu pagar di hadapan rumahnya disimbah dengan cat merah.

Satu nota amaran turut ditinggalkan di situ meminta supaya hutang segera dijelaskan jika tidak mahu rumahnya dibakar.

"Nota itu ditulis kepada seorang penama dan kad pengenalan berbangsa Melayu, disertai dengan mesej amaran kami akan bakar rumah kamu jika tidak bayar hutang dan nombor telefon," kata mangsa dipetik oleh portal berbahasa Cina kwongwah.com.my.


Tambahnya lagi, selepas menghubungi pihak polis dia telah cuba menghubungi nombor telefon yang tertera di atas nota berkenaan, namun tidak dapat dihubungi.

"Saya tak ada hutang atau buat hal, jadi saya pasti tentu ada sesuatu yang tak kena," katanya.

Tambahnya lagi, berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati nama individu peminjam yang tertera di atas nota itu sebenarnya seorang penduduk yang tinggal di kampung sebelah.

Kedua-dua rumah mangsa dan peminjam berkenaan memiliki nombor rumah dan nama jalan yang sama, sekaligus menyebabkan pengutip hutang menjadi keliru seterusnya menyimbah cat merah ke rumah yang salah.

"Saya harap peminjam itu boleh selesaikan masalahnya secepat mungkin bagi mengelakkan lebih banyak salah faham di masa hadapan."


"Saya juga harap pengutip hutang tidak gunakan kaedah yang keras, terutama jika mereka menyembah cat tanpa menyiasat, ia mungkin boleh membunuh ikan di dalam kolam atau menjejaskan penduduk yang tidak bersalah," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan