Anak kucing liar menyorok dalam tayar sampai pemilik kereta tak boleh pergi kerja

KUCING liar biasanya begitu takut dengan kehadiran manusia, bila nampak sahaja kelibat orang bertempiaran mereka lari mencari tempat menyorok dan berlindung untuk menyelamatkan diri kerana bimbang keselamatan terancam.


Apabila sudah dapat tempat menyorok, kucing-kucing liar ini termasuk juga kucing jalanan yang tak biasa dengan orang, akan duduk diam di situ sampailah merasakan keadaan sudah kembali tenang barulah ia akan keluar semula dari persembunyian.

kucing liar

Perkara itulah yang terjadi kepada seorang wanita semalam, sampaikan dia tidak dapat pergi bekerja apabila empat ekor anak kucing liar, menyorok di dalam enjin dan tayar keretanya.

Menurut Julia, ada seekor ibu kucing tidak bertuan tinggal di rumah yang jarang berpenghuni di sebelah rumahnya bersama beberapa ekor anak. Ibu kucing itu sering datang ke rumah Julia untuk meminta makanan.

"Selalu ibu kucing ni, datang rumah minta makanan, bila sis bagi ikan, atau ketulan daging ayam, dia akan ambil dan bawa masuk ke 'sarang' dia di rumah sebelah (rumah sebelah ni dah bersemak samun tuannya jarang balik)," 

Rumah kosong

"Sis tahu dia nak bagi makanan tu kepada anak-anak dia, sebab tak lama lepas tu baru ibu kucing tu keluar semula dan makan makanan yang sis letak dalam pinggan depan rumah" tulis Julia yang berkongsi cerita berkenaan menerusi akaun facebooknya.

Menurut Julia, dia sedar ibu kucing itu mempunyai beberapa ekor anak kerana pernah terlihat anak-anak kucing itu berlari-lari dan bermain di dalam kawasan pagar rumah sebelah.

"Tapi kucing liar macam ni takut dengan orang, kalau kita cuba nak dekat dia akan lari dan menyorok, jangan kata dekat, kalau kita tenung je pun dia dah lari lintang-pukang," tulisnya.

Namun apa yang tak disangka pagi tadi ketika mahu keluar rumah untuk pergi bekerja, wanita berusi 31 tahun itu ternampak ibu kucing berkenaan membawa anak-anaknya ke halaman rumahnya pula.


"Entah apa mimpi mak kucing tu, pagi tadi Sis nampak dia terkedek-kedek bawa anak depan halaman rumah sis, masuk dalam kawasan pagar. Sis biarkan je, cuma dalam hati bimbang juga takut terlenyek dengan tayar kereta si bulus ni masa nak keluar pergi kerja nanti," tulisnya.

Selepas bersiap-siap untuk ke tempat kerja, Julia menghidupkan enjin kereta terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga bimbang kalau-kalau ada anak kucing yang bermain-main di bawah keretanya. Namun rupa-rupanya semua anak-anak kucing itu sudah lari menyorok di dalam enjin dan dalam tayar kereta.

"Korang tengoklah, seekor si itam ni menyorok dalam enjin, elok je dia duduk macam tikus dalam beras, dua ekor lagi si oyen dalam tayar belakang kiri kanan, seekor satu tayar,"

"Seekor lagi si oyen, menyorok kat tayar depan, punyalah susah nak keluarkan, mula-mula dia menjerit bila sis pegang cuba nak tarik keluar, lepas tu senyap sis dah risau dah, masa tarik tadi kepala dia dah tercabut ke?" 

"Sis dah gelabah dah, terus call suami, suami pun cepat-cepat balik dari ofis, tengok rupanya kepala dia dah tersepit dalam spring 'absorber' tayar,"

Kucing tersepit dalam spring absorber kereta

Pelbagai cara digunakan untuk keluarkan dua ekor lagi anak kucing nakal tersebut. Suami Julia terpaksa mengangkat sedikit bahagian depan kereta untuk melonggarkan 'spring absorber' bagi melepaskan kepala anak kucing tersebut.


"Akhirnya dapat juga keluarkan, seekor lagi si oyen menyorok dalam break disk belakang, tarik-tarik tak mahu keluar, kepala dia dah tersangkut dalam break disk pula, adoi nakal betul"

Kucing Oyen

"Syukur akhirnya semua dapat dikeluarkan dengan bantuan suami. Tapi kesudahannya hari ni sis terpaksa ambil cuti emergency, cuma sekarang ni tengah fikir kalau boss tanya esok nak bagi alasan apa? Hahaha," tulis Julia mengakhiri perkongsiannya.

Kucing Oyen

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan