BPN 2.0 Fasa dua dibayar pada Januari 2021

TARIKH bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) telah diumumkan oleh Menteri Kewangan hari ini. Bayaran BPN 2.0 menurut Tengku Zafrul Abdul Aziz akan dibuat pada bulan Januari 2021.

Menurutnya kepada pemohon baru serta rayuan yang sudah diluluskan juga akan menerima bayaran tersebut.

Tengku Zafrul

"BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion yang bertujuan meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 menerusi pemberian bantuan wang tunai secara 'one-off'.

"Setakat ini pembayaran fasa pertama berjumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta daripada kategori M40,"

"Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak memiliki akaun bank, mereka boleh menunaikan wang tersebut di cawangan Bank Simpanan Nasional bermula sejak 26 Oktober 2020," katanya.

Tambahnya lagi tempoh permohonan baharu serta rayuan untuk BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November lalu.

"sehubungan itu pembayaran fasa ke 2 berserta bayaran kepada pemohon baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021," katanya.

Bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 pula para pemohon boleh menyemak status permohonan bermula pada tarikh 27 November 2020, manakala bayaran dijangka bermula pada 30 November 2020 katanya.

Menurutnya sebanyak 304,000 PKS Mikro layak untuk menerima 'one-off' berjumlah RM3000 dengan bayaran keseluruhan yang diperuntukan berjumlah RM912 juta.

 Secara keseluruhan, hampir 850, 000 PKS mikro sudah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

Tambahnya lagi, bagi permohonan mereka yang ditolak, tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka bermula 7 hingga 21 Disember 2020.

Rayuan boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan