Budak tercampak keluar dari kereta jatuh 'flyover' jatuh atas bumbung kereta [video]

SEORANG budak perempuan berusia 8 tahun dilaporkan tercampak keluar dari kereta, sebelum jatuh dari 'Flyover' dan jatuh di atas bumbung kereta, selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya DUKE menuju ke Jalan Tun Razak.


Kereta dinaiki mangsa yang dipandu oleh ayahnya itu dikatakan hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan pada 5.40 petang pada hari Jumaat lalu (27 November 2020).

Budak jatuh flyover

"Kesan dari pelanggaran itu menyebabkan kanak-kanak tersebut tercampak keluar dari tingkap kereta sebelum jatuh ke bawah flyover,"

"Mangsa kemudian jatuh di atas bumbung sebuah kereta yang diletakkan di depan sebuah bilik pameran kereta di Jalan Pahang," kata Zulkiefly Yahya dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.


Katanya lagi, mangsa telah dihantar ke hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

"Dia mengalami kecederaan di bahagian pinggul kanan," katanya.

Rakaman CCTV kejadian itu tersebar di media sosial. Di bawah ini rakaman video berkenaan (sila lihat durasi saat ke 25 dan seterusnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan