Doktor kongsi video kanak-kanak berkhatan sambil main video game, makan lollipop

BIASANYA bila menjelang cuti persekolahan di penghujung setiap tahun, ramai ibu bapa memilih untuk menyunat atau mengkhatankan anak-anak mereka, terutama bagi keluarga muslim.


Perkara itu pula boleh jadi mimpi ngeri bagi segelintir kanak-kanak untuk menempuhi pengalaman bersunat yang sangat dituntut di dalam Islam. Mana tidaknya, ada di kalangan orang dewasa yang 'nakal' suka menakut-nakutkan mereka.

Berkhatan sambil main video game

Namun realiti sebenar, dengan teknologi dan kemajuan yang ada hari ini, ditambah dengan banyak pengalaman yang ditimba, para doktor sudah mampu mengurangkan kesakitan bersunat kepada tahap paling minima.

Jika dahulu, biasa kita lihat dan anda sendiri bagi kaum lelaki mungkin pernah mengalaminya, di mana kanak-kanak selepas bersunat akan memakai kain sarung atau kain pelekat kerana bimbang pakaian yang ketat akan menyentuh bahagian luka di kemaluan dan boleh menyebabkan kesakitan.


Namun hari ini, selepas berkhatan kanak-kanak tak perlu lagi memakai kain, sebaliknya boleh terus pakai seluar sebab prosedur dan rawatan dilakukan kini amat berbeza dan jauh lebih maju berbanding dahulu.

Perkara itu turut dikongsi oleh Doktor Zamil Najwah Arbain dari Johor Bahru. Beliau berkongsi rakaman video menerusi akaun facebook menunjukkan bagaimana kanak-kanak sebelum dan selepas berkhatan di kliniknya.

Mereka semua kelihatan bersahaja, malah ada yang bermain video game ketika sedang dikhatankan oleh doktor.

"Bila saya tunjukkan budak bersunat tenang sambil makan lolipop la, main game, tengok YouTube dan lain-lain, tak sakit ke bersunat tu?"


"Jawapannya sakit, tapi minimal. Dengan kaedah dan pengalaman saya cuba minimumkan sakit yang ada," tulisnya.

Tambahnya lagi, lebih baik berkongsi video-video rakaman yang tenang-tenang begini kepada anak-anak dari kebanyakan video di luar sana yang boleh menakutkan anak-anak untuk menempuh pengalaman berkhatan.

"Bukan sahaja anak jadi lagi takut, emak ayah pun sama naik gemuruhnya," tulis beliau.


Sumber - Facebook

1 Comments

Post a comment

Previous Post Next Post

iklan