SEORANG gadis mendakwa telah tersedut bangkai cicak ketika sedang menikmati air cincau yang dibeli dari kiosk Tealive di Pasir Gudang, Johor.

Zafirah turut berkongsi gambar air cincau yang didakwa telah habis diminumnya itu. Perkongsian yang dimuat naik sejak semalam tular dan mendapat lebih 6,000 retweet dan 7,000 likes.
"Rasa macam air biasa minum je sebenarnya, just pelik la kenapa last cincau tu payah sangat nak sedut," katanya menjawab soalan salah seorang rakan di Twitter yang bertanya tentang bagaimana rasa air berkenaan.
Zafirah turut meluahkan rasa syukur selepas dikatakan gagal mendapatkan penyedut minuman yang bersaiz besar untuk menikmati minuman berkenaan.
Dalam perkongsian berkenaan, seorang lagi dipercayai abang kepada Zafirah turut mengaku telah terminum air yang sama.
"Kalau adik aku seorang je minum tak apa. Aku pun sedut juga masalahnya, ok kejap nak melekat kat dinding," tulis Zarif Ramli.
Salah seorang rakan di Twitter cuba mendapat pengesahan tentang dakwaan itu dari Zafirah.
"Salam sis, saya nak pesan kalau benda ni bukan palsu tolong buat report. Kalau berita palsu lebih baik padam, ingat lagi tak kes gadis buat berita palsu berkenaan ayam goreng McD ada ulat? Apa jadi gadis tu sekarang? Saya pesan je tau," tulis Mohamad Danial.
Membalas pertanyaan itu, Zafirah menunjukkan gambar penuh cawan Tealive yang dimaksudkan.
Jelas kelihatan penutup kedap cawan itu masih kemas tidak terusik, melainkan ia hanya ditebuk menggunakan penyedut minuman.
Difahamkan perkara itu telah diadukan kepada pihak Tealive dan dia telah diminta untuk menjalankan pemeriksaan di klinik. Segala kos akan ditanggung oleh pihak syarikat.
Eeeeee.....kalau aku la, gerenti dh terjelir lidah...muntah ijau. Tak lama lg akan ada cicak man & cicak girl. Saiful Apek dh boleh pencen. Kikiki...
ReplyDeleteApelah kau tak saman tealive tu..
ReplyDeletePost a Comment