Ganja bukan lagi di senarai dadah berbahaya — PBB

PERTUBUHAN Bangsa-bangsa bersatu (PBB) kini tidak lagi menyenaraikan ganja sebagai dadah berbahaya selepas melalui undian untuk menggugurkan status ganja daripada senarai dadah berbahaya badan dunia itu.



Langkah itu dibuat selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar ganja dan produk-produk terbitannya disingkirkan dari jadual IV Konvensyen Ubatan Nakotik 1961.

Ganja bukan dadah

Jadual itu sebelum ini menyenaraikan marijuana bersama pelbagai bahan berbahaya yang membawa maut dan ketagihan termasuk heroin.

Sejumlah 53 negara anggota agensi dadah PBB (CND) telah menyertai undian untuk mengeluarkan ganja yang telah disenaraikan selama 59 tahun dalam jadual kawalan ketat, yang turut menghalang penggunaannya untuk tujuan perubatan.

Selepas undian bersejarah yang menyaksikan sebanyak 27 negara menyokong, 25 menentang dan satu berkecuali itu, CND kini membuka ruang untuk mengiktiraf potensi ganja dalam perubatan dan rawatan.


Keputusan itu juga dijangka akan merangsang lebih banyak kajian saintifik terhadap nilai perubatan tumbuhan ganja sekaligus menjadi pemangkin untuk pelbagai negara menghalalkan ganja bagi tujuan perubatan dan mempertimbangkan undang-undang penggunaannya untuk tujuan rekreasi.

Sejak bulan Januari 2019, WHO telah menyenaraikan enam saranan berhubung penyenaraian ganja dalam treti kawalan dadah PBB.

Meskipun usaha itu pada asalnya dijadualkan untuk diundi semasa sesi CND dalam bulan Mac 2019, pelbagai negara meminta lebih banyak masa untuk mengkaji kelulusan dan menentukan pendirian masing-masing.

Antara hujah WHO, mengatakan cannabidiol (CBD) merupakan bahan bukan toksik, dan tidak tertakluk kepada kawalan antarabangsa. CBD mengambil peranan penting dalam terapi kesihatan beberapa tahun kebelakangan ini, dan mewujudkan industri yang bernilai berbilion dolar.

Setakat ini lebih 50 negara telah membenarkan ganja dalam program perubatan. Canada, Uruguay dan 15 negeri di Amerika Syarikat pula telah membenarkan penggunaannya bagi tujuan rekreasi manakala Mexico dan Luxembourg pula tidak lama lagi bakal menjadi negara ketiga dan keempat untuk berbuat demikian.


Selepas undian selesai dijalankan, beberapa buah negara telah mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan pendirian.

Ecuador menyokong segala saranan WHO dan menyeru produksi ganja, jualan dan penggunaan perlu mempunyai "satu rangka kawalan bagi menjamin penggunaan yang baik, berkualiti, berinovasi dan kajian pembangunan,"

Dalam pada itu, Amerika Syarikat menyokong untuk mengeluarkan ganja dari jadual IV namun mahu mengekalkannya dalam jadual I sambil menyatakan "selari dengan sains yang menunjukkan meskipun terapi bahan ganja yang telah dihasilkan selamat dan berkesan, ganja itu sendiri masih mendedahkan orang awam kepada risiko kesihatan dan ia patut terus dikawal di bawah konvension kawalan ubatan antarabangsa,"

Negara Chile yang tidak menyokong usul itu pula menyatakan "terdapat hubungan langsung di antara penggunaan ganja dan peningkatan risiko depresi, penyusutan cognitif, anxiety, dan simptom psikologi," 

Jepun pula menyatakan penggunaan tumbulan ganja bagi tujuan bukan perubatan, "boleh meningkatkan kesan negatif terhadap kesihatan dan sosial terutama di kalangan golongan muda,"

Sumber: un.org

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan