Juara Gegar Vaganza 2020 Cliff Umar bawa pulang RM100,000

JUARA Gegar Vaganza bagi tahun 2020 akhirnya telah diketahui. Gelaran juara program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) berjaya dirampas oleh penyanyi Cliff Umar sekaligus membawa pulang wang berjumlah RM100,000 pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi.



Persembahan memukau Cliff Umar yang berusia 38 tahun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi lagu "I'll Do Anything For Love" berduet bersama juara Gegar Vaganza musim ke lima Noryn Aziz berjaya menewaskan enam peserta lain.

Juara Gegar Vaganza 2020

Dalam kenyataannya selepas diistiharkan sebagai pemenang, Cliff Umar berkata kejayaan yang diperolehinya bukan miliknya, tetapi milik semua orang yang menjayakan program tersebut, dan semua orang yang bekerja keras setiap minggu.

"Saya memang berminat abang Muss, Kak Ani dan semua orang," katanya.

Penyanyi Muss yang berada di tempat kedua pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dengan sebuah trofi manakala tempat ketiga jatuh kepada Ayu Demit yang membawa pulang wang berjumlah RM30,000.


Noraniza Idris dan Linda Nanuwil pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima sekaligus menerima hadiah wang tunai berserta trofi RM20,000 dan RM15,000.

Berada di tempat keenam dan ketujuh, iaitu Oja dan Ashira, masing-masing akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan