Kanak-kanak menangis minta tolong, ayah meninggal dunia dalam kereta akibat serangan jantung

SEORANG lelaki dilaporkan menghentikan kenderaan di tepi jalan bersama tiga orang anak, sambil menunggu isterinya yang keluar untuk pergi ke hospital.



Namun lelaki itu disyaki meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung. Dua orang anak lelaki yang masih kecil bersamanya di dalam kereta segera keluar sambil menangis meminta pertolongan dari individu yang lalu di kawasan itu.

meninggal dalam kereta

Seorang wanita Jepun yang dilapor menemui dua orang kanak-kanak lelaki sedang menangis di tepi jalan cuba membantu, namun tidak dapat berkomunikasi kerana tidak faham bahasa pertuturan mereka.

Apa yang difahaminya hanyalah "ayah mati, ayah mati," sambil menangis.


Wanita itu kemudian dilaporkan meminta tolong dari individu yang kebetulan melalui kawasan itu dan segera menghubungi ambulans.

Petugas perubatan yang bergegas ke tempat kejadian akhirnya mengesahkan bahawa lelaki berkenaan telah meninggal dunia di tempat duduk pemandu, dan seorang bayi dilihat sedang tidur disebelahnya.

TAG

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Bukit Pantai, Bangsar pagi semalam. Difahamkan semasa kejadian allahyarham berada di dalam kereta bersama 3 orang anaknya sambil menunggu isteri yang pergi ke Hospital Pantai atas urusan tertentu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan