Kenapa tak boleh buka YouTube hari ini?

JIKA anda tidak boleh buka YouTube hari ini, jangan bimbang anda tak perlu betulkan telefon bimbit ataupun laptop anda, kerana difahamkan YouTube sedang mengalami masalah server.


Ramai yang cuba membuka YouTube hari ini tapi kelihatan server YouTube 'offline' manakala sebahagian yang dapat memasuki laman web milik Google itu, hanya dapat menyaksikan gambar monyet memegang tukul besi seperti di bawah ini.

YouTube Down

Di laman media sosial Twitter pula, tanda pagar #hashtag #YouTubeDOWN turut menjadi trending menyaksikan lebih 20,000 tweet dicatatkan selepas pengguna di India mendakwa mereka gagal untuk mengakses laman sesawang YouTube.

Namun sejak beberapa minit yang lalu ketika artikel ini ditulis, nampaknya lebih banyak pengguna dari pelbagai negara mula mengadu perkara yang sama di Twitter. Antaranya pengguna dari India, Indonesia, Turki dan Filipina tidak terkecuali juga negara kita Malaysia.

Media Indonesia melaporkan, orang ramai bukan sahaja tidak boleh membuka YouTube, malah aplikasi lain milik google juga tidak dapat diakses antaranya gmail dan Google Drive.


Beberapa minggu lepas orang ramai turut mengalami masalah dengan laman sesawang YouTube. Sebelum ini kita boleh buka web YouTube tapi bila tekan butang 'play' tiada video yang dimainkan, hanya paparan gelap sahaja yang kelihatan.

Sebentar tadi laman Blogger juga terus tergendala seketika, menyebabkan banyak blog-blog yang menggunakan server blogger turut tidak dapat diakses dan terjejas.

Update:

Laman Twitter YouTube sebentar tadi memaklumkan bahawa laman sesawang video paling besar di dunia itu sudah kembali boleh diakses seperti biasa.

Twitter Youtube
"Kemaskini Kami sudah kembali dan beroperasi! Anda sepatutnya sudah boleh mengakses YouTube semula dan menikmati video seperti biasa," tulis @TeamYouTube di Twitter.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan