Keputusan kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan diputuskan hari ini

SEMUA media hari ini dijangka akan tertumpu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang akan menyampaikan keputusan perbicaraan kes rasuah RM2 juta bekas Menteri Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor.



Hakim Mohamed Zaini dijangka akan menyampaikan keputusan itu pada jam 9 pagi kepada Tengku Adnan yang baru sahaja menyambut hari jadi ke 70 semalam.

Tengku Adnan

Tengku Adnan yang juga lebih dikenali dengan panggilan Ku Nan telah didakwa di mahkamah sebagai penjawat awam, iaitu Menteri Wilayah Persekutuan kerana menerima untuknya RM2 juta dari seorang ahli perniagaan Chai Kin Kong yang merupakan pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd.

Wang itu disalurkan menerusi sekeping cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat berkenaan yang telah dimasukkan ke dalam akaun CIMB atas nama Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB), dimana Tengku Adnan mempunyai kepentingan di dalamnya dan diketahui bahawa AKSB ada kaitan dengan tugas rasminya.


Ahli Parlimen Putrajaya itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di CIMB Bank Berhad cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016 di bawah Seksyen 165 Kanun keseksaan yang membawa hukuman denda atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Julia Ibrahim, sementara peguam Tan Hock Chuan mengetuai barisan peguam bela.

10 wartawan dari setiap organisasi media terpilih telah diberikan pas untuk berada dalam bilik mahkamah, selain itu 20 pas telah dikeluarkan kepada 20 lagi petugas berita bagi mengikuti prosiding tersebut menerusi rakaman video di bilik lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan