Ketinggian Gunung Everest bertambah dua kaki

PUNCAK tertinggi dunia diumumkan semakin bertambah. Ketinggian Gunung Everest kini adalah 29,031.69 kaki dari paras laut. Ia menunjukkan ketinggiannya kini bertambah sebanyak lebih dua kaki berbanding altitud yang sebelum ini diktiraf oleh kerajaan Nepal.



Ketinggian baru itu yang telah diumumkan pada 8 Disember 2020, dalam satu kenyataan bersama oleh Jabatan Ukur Nepal dan pihak berkuasa China merupakan kemuncak kepada projek yang dijalankan bertahun-tahun bagi mengukur secara tepat ketinggian gunung lagenda tersebut.

Ketinggian Gunung Everest

Usaha itu turut disertai secara dekat oleh komuniti Geografi terutama yang sedang giat menjalankan analisis berhubung bagaimana bencana gempa bumi dengan magnitud 7.8 pada tahun 2015 memberi kesan kepada wilayah itu.

Pada musim bunga yang lalu, sekumpulan kecil juruukur dari Nepal bersama pemandu pelancong sanggup menempuh kedinginan malam mendaki sampai ke puncak Everest pada jam 3 pagi waktu tempatan. 

Mereka memilih waktu malam untuk menjalankan tugas supaya tidak diganggu oleh kesesakan ramai pendaki, bagi menyelesaikan perkara itu.

"Kami mahu sampaikan mesej bahawa kami boleh melakukan sesuatu dengan sumber dan tenaga kerja kami sendiri," kata Ketua Pegawai Ukur projek tersebut, Khimlal Gautam tahun lalu.


Dalam tahun 1856, seorang ahli matematik Radhanath Sickdhar mendapati Everest merupakan gunung paling tinggi di dunia ketika mengukur dan memetakan benua-benua kecil India. Sejak dari hari itu, ramai juruukur dari seluruh dunia cuba untuk menentukan ketinggian sebenar Everest menggunakan segala teknologi terbaik yang boleh didapati pada waktu itu.

Sehinggalah selepas kedatangan teknologi satelit, para juruukur telah menggunakan sejenis peralatan yang dipanggil 'theodolite' sebuah perkakas ketepatan optikal yang dipasang pada tripod untuk mengukur sudut di antara dua titik yang ditetapkan.

Mengheret perkakas berat dibawa mereka dari satu puncak ke satu puncak, sepasukan juru ukur menghitung ketinggian Everest sedikit demi sedikit dari aras laut berpandukan zig-zag arah utara Teluk Bengal sehingga mereka dapat melihat puncak tertinggi.

Satu ukuran yang dijalankan pada tahun 1954 menggunakan teknik yang sama mendapati ketinggian Everest adalah 29,028 kaki dari aras laut, satu ketinggian yang masih lagi diiktiraf oleh banyak negara dan penerbit peta.

Kemudian dalam tahun 1999 satu aktiviti pengukuran yang diketuai oleh penulis peta dan juga pengembara Bradford Washburn, yang ditaja oleh National Georgraphic Society (NGS) kali pertama menggunakan teknologi GPS bagi menentukan puncak Everest.


Hasil kerja pasukan itu memberikan angka altitud baru 29,035, dan angka itu masih lagi digunakan NGS sehingga ukuran baru dapat disahkan secara penuh.

Bagi memastikan ukuran mereka selengkap yang mungkin, pasukan dari Nepal memutuskan untuk menggunakan kedua-dua teknik. Pada 22 Mei 2019, Gautam menjumlahkan ketinggian Everest bersama empat ahli pasukan dan menggunakan sebuah perkakas GPS, bersama dengan radar penembus tanah untuk mengukur kedalaman timbunan salji di atas bebatuan.

Dalam masa yang sama beberapa pasukan juruukur menunggu di 8 tapak yang mana di kedudukan setiap tapak itu puncak Everest boleh dilihat bagi menyelaraskan ketinggiannya ketika matahari terbit, ketika suasana paling jelas menggunakan laser moden theodolite.

Namun selepas Jabatan Juruukur Nepal menyiapkan tugas lapangannya tahun lalu, projek itu terperangkap dengan politik antarabangsa. Ketika Presiden China Xi Jinping melawat Nepal pada bulan Oktober 2019, pengumuman rasmi dibuat bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama untuk mengukur semula ketinggian puncak gunung berkenaan, sekaligus pendedahan ketinggian baru Everest telah tertunda.

Sepasukan juruukur dari China ketika itu sedang bertugas di bahagian utara gunung berkenaan untuk mengukur ketinggian Everest menggunakan jaringan satelit Beidou milik China, yang juga merupakan pesaing sistem GPS.


Namun kini akhirnya keputusan telah diumumkan. Wakil dari kedua-dua buah negara meluahkan rasa yakin yang amat sangat dengan altitud baru tersebut. Namun Gautam segera mengetengahkan, walau bagaimana tepat sekalipun setiap ukuran dijalankan mempunyai pinggir kesalahan.

"Dalam ukuran pemetaan, kita tidak akan dapat titik atau altitud tepat," katanya "kita cuba mencari MPV iaitu nilai yang paling mungkin,"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan