Lelaki dakwa kena saman RM1,000 sebab buka pelitup muka untuk minum air

SEORANG lelaki mendakwa telah dikenakan saman RM1,000 kerana membuka topeng muka untuk minum air yang dibeli berhampiran kedai tempat dia berniaga.



Berdasarkan laporan chinapress.com.my kejadian itu berlaku pada jam 12:55 tengah hari semalam di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Saman RM1,000

Menurut laporan itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun memiliki sebuah kedai plastik melangkah keluar dari premisnya dan pergi ke kedai runcit bersebelahan untuk membeli minuman sebelum membuka penutup muka yang dipakai untuk minum.

Namun lelaki itu telah terserempak dengan dua orang pegawai polis berpakaian biasa. Menurutnya pegawai berkenaan menuduhnya tidak memakai penutup muka.


Dia menjelaskan bahawa dia mahu minum, sebelum dibawa ke balai polis. Dakwanya, selepas tiba di balai polis dia telah dikenakan saman sebanyak RM1,000 dan perlu membayar denda sebelum 28 Disember.

Lelaki itu mendakwa dia telah dikenakan denda RM1000 hanya kerana mahu minum, dan dia merasakan dirinya tidak bersalah.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan