Lelaki maut jatuh jambatan gantung ketika rakam aksi video TikTok

SEORANG lelaki maut selepas terjatuh dari sebuah jambatan gantung ketika video aksinya dalam keadaan tergantung sedang dirakam oleh rakannya menerusi aplikasi TikTok.



Ramesh Tapa berusia 24 tahun yang berasal dari Bijauri di Daerah Dang, Nepal cedera parah selepas terjatuh dari sebuah jambatan gantung di Sungai Babai, berdekatan dengan kawasan air terjun Purandhara pada hari Sabtu lepas.

Jatuh ketika rakam video tiktok

Menurut DSP Shib Bahadur Singh, ketua polis daerah kawasan berkenaan, sejurus selepas kejadian, Ramesh Tapa telah dikejarkan ke Hospital Daerah Rapti, Tulsipur untuk mendapatkan rawatan.

Ramesh kemudian dirujuk ke hospital Kolhapur sebelum disahkan meninggal dunia.


Difahamkan ketika kejadian, Ramesh bersama 24 orang lagi rakannya sedang berseronok di kala hujung minggu. Mereka berkelah di kawasan air terjun Purandhara.

Ketika itu Ramesh meminta rakannya merakam aksi video menerusi aplikasi TikTok, dalam keadaan tergantung di bawah jambatan dengan memegang tali logam yang terdapat pada jambatan gantung tersebut.

Maut rakam video tiktok

Bagaimanapun dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang itu, tangannya tiba-tiba tergelincir, sebelum Ramesh jatuh pada ketinggian lebih 20 meter ke atas tebing sungai dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Dalam sebuah rakaman video yang dipercayai diambil oleh individu lain dari jarak jauh yang menyaksikan kejadian itu, Thapa dilihat tergantung di bawah jambatan, manakala 3 orang rakannya berada di atas jambatan manakala dua lagi melihat dari bawah jambatan.


Namun tidak lama kemudian Thapa jatuh secara menegak ke atas tebing sungai di bawah jambatan gantung itu sebelum mukanya tersembam ke atas tanah.

Sumber facebook.comdgs.com.np

2 Comments

  1. Dlm bahasa kurang hajar, takpa la. Kurang sikit org suka buat kerja bodoh...

    ReplyDelete
  2. Semua kerana tik tok? Geleng kepala

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post

iklan