Lelaki parkir kereta di lorong kecemasan maut dilanggar lori dari belakang

SEORANG lelaki yang meletakkan kenderaannya di lorong kecemasan lebuh raya dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh oleh sebuah lori dari arah belakang.


Pemandu lori itu sebelum ini dilaporkan memandu dalam keadaan mabuk, namun selepas ujian dijalankan ke atasnya, pemandu itu disahkan bebas dari sebarang pengaruh alkohol atau dadah.

Parkir kereta di lorong kecemasan

Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada 2.15 pagi hari ini di km 37.6 Lebuhraya Shah Alam dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam.

Pemandu kereta berusia 39 tahun dan berasal dari Klang Selangor itu yang menaiki kenderaan jenis Toyota Prius dilaporkan keluar dari kenderaan selepas memakirnya di lorong kecemasan.

Namun mangsa tiba-tiba dilanggar oleh sebuah lori dari arah belakang mengakibatkannya mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Pemandu lori berusia 53 tahun, Lio Li dilaporkan memberi kerjasama dengan pihak polis, dan hasil ujian dilakukan ke atasnya menunjukkan dia tidak mengambil sebarang dadah atau alkohol.

Siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Darat 1987 (memandu secara berbahaya menyebabkan kematian). Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat (IO) Abdul Nasir di talian 0122863875.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan