Lewandowski pemain terbaik FIFA 2020 tewaskan Ronaldo dan Messi

PEMAIN Kelab Bola Sepak Bayern Munich, Robert Lewandowski dinobatkan sebagai pemain lelaki terbaik FIFA 2020 di Zurich, sekaligus menewaskan pemenang tahun lalu, Lionel Messi dan Christiano Ronaldo untuk merangkul hadiah tempat tertinggi.



Penyerang yang berasal dari Poland itu, menjaringkan 55 goal dalam 47 perlawanan musim lalu ketika membantu kelab gergasi bola sepak Jerman.

Lewandowski best FIFA 2020 player
Sumber Foto: FC Bayern Munchen

Lewandowski yang berusia 32 tahun menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak di dalam piala liga dan liga juara-juara.

Pemain pertahanan Lucy Bronze mewakili Kelab bola sepak Manchester City pula muncul sebagai pemain wanita terbaik.

Para pemenang dipilih oleh kapten dan jurulatih bagi setiap pasukan kebangsaan, undian daripada peminat, dan 20 wakil-wakil media.


Ini merupakan kali pertama Lewandowski berjaya merangkul anugerah itu yang mana sebelum ini anugerah itu kerap didominasi oleh penyerang hadapan Barcelona dan pemain Jeventus Ronaldo.

Musim ini Lewandowski telah menjaringkan sebanyak 16 gol dalam 14 perlawanan bersama Bayern Munich.

"Apabila kamu memenangi satu anugerah seperti itu dan setanding dengan Messi dan Ronaldo, ia sesuatu yang dahsyat dan memberi makna yang besar kepada saya," kata Lewandowski.

Post a comment

0 Comments