Lima lagi laporan polis terhadap Da'i Syed, mungkin akan ada laporan baru

POLIS Shah Alam dan Petaling Jaya laporkan menerima lima lagi laporan dakwaan rogol melibatkan seorang selebriti program berunsur dakwah.


Media tidak menyebut nama suspek namun laporan itu dipercayai merujuk kepada Da'i Syed yang sedang ditahan reman berhubung laporan kes cabul dan rogol sebelum ini. Gambar yang dipaparkan juga adalah gambar Da'i Syed yang dikaburkan secara ala kadar.

Da'i Syed lagi

Ketua Polis Selangor, Nor Azam Jamaludin mengesahkan perkara itu selepas menerima derma pelitup muka dan cecair pembasmi kuman di Ibu Pejabat Polis Selangor hari ini.

"Siasatan masih dijalankan terhadap suspek dan mungkin lebih banyak laporan baru selepas ini,"

"Kami menyeru kepada mereka yang terlibat supaya tampil sekiranya pernah menjadi mangsa suspek," katanya kepada wartawan.

Suspek digambarkan sebagai seorang yang berperwatakan baik, boleh menenangkan mangsa dan juga menggunakan imejnya sebagai pendakwah untuk meyakinkan mangsa mendekatinya kata Noor Azam terhadap lelaki berusia 25 tahun itu.


"Bila dia digambarkan sebagai pendakwah yang boleh menenangkan orang ini yang meyakinkan mangsa disamping cara bercakap menjurus keagamaan menjadi tarikan kepada mereka," katanya.

Ditanya sama ada suspek menggunakan ilmu pengasih, jelas Noor Azam pihak polis belum menerima sebarang maklumat tentang perkara itu.

"semua maklumat mengenai cara mereka berkomunikasi dan berhubung sama ada melalui laman sosial Facebook atau Instagram, kita akan siasat lebih lanjut,"

"Bangsa mungkin malu, jadi tidak boleh salahkan mereka. Perkara ini melibatkan maruah dan jika ada yang tampil membuat aduan, barulah akan ada juga yang mengikutnya," tambahnya.


Tempoh reman terhadap Da'i Syed dilanjutkan selama 5 hari lagi semalam selepas pihak polis menerima enam lagi laporan baru daripada mangsa atas tuduhan cabul dan rogol.

Pendakwah muda itu sebelumnya ditahan reman selama 5 selepas tampil memberi kenyataan berhubung laporan polis seorang mangsa yang mendakwa dirogol olehnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan