Mayat Naib Ketua Armada Kota Tinggi ditemui

MAYAT Naib Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi yang dipercayai lemas selepas tergelincir ketika membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau, Kota Tinggi telah berjaya ditemukan hari ini.

Menurut Komander Operasi Bomba, Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail, jenazah Mohd Zulfikrie Buang berusia 24 tahun ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pada jam 3 petang tadi.

Naik Ketua Armada Kota Tinggi

Katanya mayat ditemukan tersangkut di celahan batu kira-kira 500 meter dari tempat mangsa tergelincir petang semalam dan telah dikenal pasti oleh ahli keluarga terdekat.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan selepas jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk menjalani bedah siasat.

Sebelum ini Mohd Zulfikrie dilaporkan tergelincir ketika cuba untuk mengambil selipar yang terjatuh ketika melakukan kerja membaik pulih sebuah jeti di Tanjung Balau sekitar jam 5 petang semalam.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan