MB Perak tumbang selepas kalah undi percaya

MENTERI Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tumbang selepas tewas di dalam mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri hari ini selepas 48 Adun-adun menolak usul percaya terhadapnya hari ini.



Hanya 10 orang adun saja yang mengundi menyokong Faizal Azumu manakala satu lagi undi rosak atau berkecuali.

Faizal Azumu

Usul undi percaya itu telah dihantar oleh adun Pengkalan Bharu Abdul Manaf Hashim dari parti Umno.

Sejurus selepas keputusan undian diumumkan, Faizal Azumu yang dijangka mengumumkan perletakan jawatan, berkata beliau menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Faizal yang juga merupakan Timbalan Presiden PPBM dan telah menjawat jawatan Menteri Besar Perak sejak bulan Mei 2018 itu berjanji "peralihan kuasa kepada sebuah kerajaan baru," akan berjalan dengan lancar "untuk kebaikan rakyat".

menurutnya negara kini sedang berdepan dengan krisis disebabkan oleh Pandemik Covid-19 dan "isu-isu politik" tidak patut dipanjangkan.

Beliau turut meluahkan rasa terima kasih kepada adun-adun sambil berharap inisiatif untuk membantu rakyat akan diteruskan.


Media sebelum ini pernah melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Perak berdepan risiko digulingkan disebabkan oleh rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno dan PPBM disebabkan beberapa isu.

Sumber dalaman Umno Perak memberitahu bahawa pemimpin parti itu di Perak "tidak senang" dengan cara Faizal mentadbir negeri dan cubaan PPBM untuk mendominasi politik sedangkan Umno yang memiliki kerusi paling banyak di Dewan Undangan Negeri.

"Jadi, meskipun kita tidak akan bekerjasama dengan PH, jika ada usul undi tidak percaya terhadap Peja (Faizal) dalam dewan negeri, dia tidak akan dapat sokongan dari semua adun Umno," kata sumber itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan