Pas putuskan tidak sertai kerajaan Perak yang baru

SUSULAN tumbangnya Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu selepas tewas usul undi percaya yang dibuat terhadapnya, Pas pusat memutuskan tidak akan menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baru.


Kenyataan itu dibuat oleh Setiausaha Agong Pas, Dato' Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Takiyuddin Hassan

"Pas mengambil maklum keputusan usul keyakinan majoriti ahli dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak yang berlangsung di dalam dewan undangan Negeri Perak hari ini di mana tiga (3) Adun Pas menyokongnya selaras dengan pendirian yang dibuat oleh lajnah politik pas pusat,"

"Maka selaras dengan keputusan tersebut, Pas Pusat telah membuat ketetapan, untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu," katanya.


Namun menurutnya Pas akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun Nasional.

1 Comments

  1. Tggu la nnt kot mcm biasa, ada u turn.. dpt sekor jd exco pun ok dah..hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan