Pegawai Imigresen enggan bersekongkol akan 'dipulau'

ANGGOTA Imigresen yang terbabit memalsukan pengesahan cop keluar masuk sempadan negara, dilaporkan berebut sesama mereka untuk memperolehi 'projek' daripada ejen yang mahu membawa masuk warga asing.



Sumber yang dipetik oleh Utusan Malaysia memaklumkan bahawa segelintir pegawai imigresen 'kelabu mata' dan sanggup menggadai integriti untuk menjalankan kegiatan itu disebabkan imbuhan lumayan yang diterima mereka.


Pegawai Imigresen ditahan

Selain itu menurut sumber berkenaan, sistem kemasukan yang lemah di samping tiada tindakan dalaman yang tegas punca anggota terlibat semakin berani bersekongkol dengan ejen warga asing.

Lebih malang apabila ada anggota Imigresen yang tiba-tiba menarik diri dan enggan bersekongkol selepas bersetuju melakukan kegiatan itu, mereka bukan saja 'dipulau' malah mereka pula dianggap sebagai tidak berdisiplin.


"Jika perkara ini tidak dibendung, tidak mustahil kemungkinan semua pintu masuk di negara ini bolos dan menyebabkan mudahnya warga asing masuk tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telus,"

"Penguatkuasaan lebih mendalam perlu dibuat. Jika Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bolos, tidak mustahil pintu masuk lain lebih mudah warga asing masuk ke negara ini tanpa pemeriksaan ketat," katanya.

Op Selat yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 17 November lalu setakat ini telah membuat 65 tangkapan membabitkan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen termasuk ahli sindiket yang berperanan sebagai ajen.


Daripada kesemua jumlah yang ditahan, 56 individu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala sembilan lagi masih direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

1 Comments

  1. "Lebih malang apabila ada anggota Imigresen yang tiba-tiba menarik diri dan enggan bersekongkol selepas bersetuju melakukan kegiatan itu, mereka bukan saja 'dipulau' malah mereka pula dianggap sebagai tidak berdisiplin."
    CANTIK ALASAN YANG DIBERIKAN - SPRM boleh terima ke alasan seperti itu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan