PPBM akan khianat lagi tidak kira dengan siapa kata bekas pegawai khas Najib

"Siapa yang ingin berkawan dengan orang yang tidak ikhlas dan khianat. Jika mereka pernah khianat sebelum ini, mereka akan khianat lagi nanti tidak kira dengan siapa," kata Isham Jalil, bekas pegawai khas Najib Razak dalam satu kenyataan.



Beliau mengulas tentang usul undi percaya dari Adun Umno, Datuk Abd Manaf Hashim dalam Sidang DUN Perak semalam.

Isham Jalil

Menurutnya, Umno Perak menolak Parti Pribumi Bersatu (PPBM) kerana melihat parti itu tidak ikhlas dengan hubungan di peringkat negeri dan nasional.

"Ini ditunjukkan apabila lebih 80 peratus daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Perak menolak beliau,"

"DAP dan PKR pula menolak PPBM kerana parti itu menghianati mereka," katanya.

Tambahnya lagi, situasi di Perak akan berlaku di negeri lain dan menggambarkan bahawa ia adalah 'prelude' kepada apa yang akan berlaku di parlimen kelak.

"Ia tidak lagi boleh dielakkan," jelasnya.


Dalam usul undi percaya terhadap menteri besar yang dijalankan secara belah bahagi itu, seramai 59 Adun telah membuat undian dengan keputusan 48 tidak bersetuju, 10 bersetuju dan seorang lagi berkecuali.

Selepas keputusan itu secara automatik Ahmad Faizal Azumu hilang kelayakan sebagai Menteri Besar Perak.

1 Comments

  1. Selagi hajat saka tua gagal dipenuhi demi legasinya...akan bergolak dan akan berlaku pengkhianatan. Inilah jadinya bila legasi diutamakan berbanding kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan