Senarai pangkat polis dari KPN sampai Konstabel

JIKA kita membaca laporan berita, seringkali wartawan akan memetik kenyataan dari pegawai polis tertentu dengan pangkat-pangkat tertentu yang pelbagai.


Ramai di kalangan kita yang keliru dengan pangkat ini, sebab terlalu banyak betul tak? Lebih-lebih lagi setiap pangkat itu biasanya ditulis dengan singkatan seperti IGP, DIGP, CP, DCP dan lain-lain.

Perbarisan Anggota Polis

Sebenarnya setiap pangkat itu mempunyai hierarki dan tugas tersendiri dalam pasukan polis di negara kita dan di seluruh dunia juga. Sama seperti organisasi lain yang wujud seperti tentera, bomba, dan Angkatan Pertahanan Awam. 

Pangkat-pangkat dalam organisasi lain mungkin boleh kita teliti dalam artikel yang lain. Kali ini kita fokus pada pangkat-pangkat dalam anggota polis dahulu.

Secara dasarnya, jumlah keseluruhan pangkat anggota polis dari yang paling tinggi sampai yang paling rendah berjumlah 17 kesemuanya. 


Daripada kesemua 17 pangkat-pangkat berkenaan, ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori pertama Pegawai Kanan Polis yang bermula daripada pangkat Inspektor sampailah kepada Inspektor General Polis atau di negara kita juga dipanggil sebagai Ketua Polis Negara (KPN).

Manakala kategori kedua pula ialah Kumpulan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel. Berikut senarai 17 pangkat-pangkat yang terdapat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Pegawai-pegawai kanan Polis

1. Inspektor General Polis (IGP/KPN)
2. Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIGP)
3. Komisioner Polis (CP)
4. Deputi Komisioner Polis (DCP)
5. Senior Asisten Komisioner Polis (SACP)
6. Asisten Komisioner Polis (ACP)
7. Superitendan Polis (SUPT)
8. Deputi Superintendan Polis (DSP)
9. Asistan Superintendan Polis (ADP)
10. Inspektor (INSP)
11. Inspektor Percubaan (P/I)


Kumpulan pegawai rendah Polis & Konstabel

1. Sub-Inspektor (SI)
2. Sarjan Mejar (SM)
3. Sarjan (SJN)
4. Koperal (KPL)
5. Lans Koperal (L/KPL)
6. Konstabel (KONST)

Rujukan - rmp.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan