Siapa penceramah bebas ditahan cabul lelaki?

MEDIA tempatan hari ini melaporkan seorang penceramah bebas berusia 32 tahun ditahan oleh pihak polis kerana melakukan jenayah cabul terhadap seorang lelaki malam semalam.


Penceramah itu juga dilapor merupakan seorang guru agama ditahan di sebuah madrasah pondok agama di Machang, Kelantan.

Balai Polis Badang
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Badang, Jalan Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Sumber Gambar: Google Map

Berdasarkan siasatan awal oleh pihak polis, kejadian cabul itu berlaku pada jam 1.15 pagi di sebuah hotel di Kota Bharu, di mana suspek dan mangsa yang juga seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun dilaporkan keluar makan bersama.

Mangsa dikatakan telah berkenalan dengan penceramah itu sebelum ini di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan sebelum bersetuju untuk keluar makan dua hari kemudian.

Menurut Datuk Shafien Mamat, Ketua Polis Kelantan, sebelum kejadian suspek telah menghubungi mangsa dan mengajak mangsa keluar minum bersama.


Suspek dikatakan bertindak mencium pipi dan melakukan perbuatan lucah yang melampau terhadap mangsa semasa di tempat kejadian.

Menurut laporan Astro Awani, suspek telah bertindak mencabul mangsa dengan mencium pipi dan menggesel kemaluan di peha mangsa dan turut meraba kemaluan mangsa di sebuah hotel di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Susulan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu, mangsa telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan selepas kejadian sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Pihak polis kini sedang menyiasat laporan berkenaan di bawah Seksyen 377D Kanun keseksaan dan suspek direman selama empat hari untuk soal siasat.

Beberapa portal media secara terang telah mendedahkan bahawa penceramah yang ditahan itu bernama "Ustaz Syamsul". Jadi kalau kita lihat di Kelantan hanya ada seorang sahaja ustaz bernama Ustaz Syamsul, dan berusia 32 tahun. Pandai-pandailah anda fikir sendiri siapakah suspek berkenaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan