Singapura beri vaksin Covid-19 percuma kepada semua penduduk termasuk pekerja warga asing

VAKSIN Covid-19 barisan pertama dilaporkan akan tiba di Singapura pada penghujung bulan ini. Kakitangan perubatan, barisan hadapan, dan warga emas serta golongan berisiko tinggi akan diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin berkenaan seawal bulan hadapan.



Apa yang menarik, kerajaan Singapura mengumumkan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada semua penduduk di republik itu termasuk warga asing yang mempunyai permit bekerja jangka panjang.

PM Singapura

Suntikan vaksin berkenaan bukanlah satu kewajipan, namun mana-mana warganegara dan warga asing yang berusia 16 tahun ke atas, boleh menerima suntikan secara percuma.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu ucapan kelmarin ketika mengumumkan bahawa Agensi Sains Kesihatan Singapura telah meluluskan penggunaan vaksin coronavirus yang dihasilkan oleh Pfizer dengan kerjasama syarikat Jerman BioNtech di Singapura.

Barisan pertama vaksin Pfizer itu akan tiba pada hujung bulan ini. Ia bukan sahaja menjadikan Singapura sebagai negara Asean pertama yang meluluskan penggunaan vaksin Pfizer, malah republik itu juga menjadi negara pertama dunia memperolehi vaksin tersebut.

Buat masa ini terdapat enam negara yang telah meluluskan penggunaan Vaksin Pfizer, termasuk di United kingdom, Amerika Syarikat, Bahrain, Kanada, Arab Saudi dan Mexico.


Lee Hsien Loong mendedahkan, sejak munculnya wabak coronavirus kerajaan republik itu telah mengambil inisiatif secara senyap di belakang tabir bagi memastikan bekalan vaksin mencukupi, termasuk bergiat aktif di dalam menarik syarikat-syarikat farmaseutikal untuk membina kilang-kilang di Singapura dan melancarkan ujian-ujian klinikal.

Bagi memastikan bekalan vaksin mencukupi, kerajaan merancang untuk membelanjakan sejumlah S$1 bilion (RM3 bilion) untuk membeli vaksin dari pelbagai kilang-kilang farmaseutikal dan menyokong pasukan kajian saintifik tempatan untuk mencipta vaksin.

setakat ini Singapura telah membayar deposit kepada syarikat-syarikat farmaseutikal yang paling berpotensi untuk berjaya menghasilkan vaksin termasuk Moderna, Pfizer dan Sinovac. Singapura akan menerima vaksin-vaksin daripada Pfizer dan syarikat farmaseutikal lain secara berperingkat tahun hadapan.

"Jika semuanya berjalan seperti dirancangkan, Singapura akan mempunyai cukup vaksin untuk semua penduduk pada suku ketiga 2021," katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sains dan Kesihatan Singapura, pihak berkuasa di public itu mengesahkan bahawa vaksin Pfizer menepati piawaian dari segi keselamatan, kualiti, dan keberkesanan.

Jabatan itu juga menegaskan "manfaat baksin itu mengatasi risiko-risiko yang diketahui,"


Pasukan Pakar Vaksin Coronavirus yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura, turut mengesahkan bahawa keberkesanan vaksin pfizer adalah sehingga 95 peratus, dan tahap keselamatannya sama seperti vaksin-vaksin berdaftar yang lain.

Namun disebabkan oleh beberapa kejadian alergi disebabkan oleh vaksin Pfizer yang berlaku di United Kingdom, akibat kurangnya data kajian yang relevan, sebilangan golongan seperti remaja dan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, wanita hamil, dan mereka yang pernah mengalami 'anaphylactic shock' atau daya tahan lemah, tidak akan diberikan suntikan vaksin bagi memastikan keselamatan mereka.

Lee Hsien Loong, 68 juga menegaskan kelmarin bahawa beliau akan mengetuai menteri-menteri kabinet termasuk ahli kabinet yang berumur untuk mengambil suntikan vaksin bagi membuktikan kepada orang awam bahawa ia adalah selamat.

"Apabila anda ada peluang untuk mendapat vaksin, saya sangat menggalakkan anda mengambilnya, kerana anda Bukan sahaja melindungi diri namun juga melindungi orang lain terutama orang yang disayangi,"

Disebabkan oleh kerahsiaan perniagaan, kerajaan Singapura tidak mendedahkan secara spesifik berapa dos vaksin yang telah dibeli oleh republik itu, namun ia telah berulang kali menekankan bahawa vaksin yang diberi mencukupi untuk semua rakyat Singapura dan warga asing yang rela untuk menerima suntikan.


Kerajaan Singapura dan pasukan pakar kini sedang merangka pelan pelaksanaan pemvaksinan dan akan mendedahkan perinciannya beberapa minggu lagi. Pihak berkuasa juga giat menjalankan promosi dan pendidikan awam secara besar-besaran bagi mengelakkan orang awam merasa curiga terhadap vaksin tersebut.

1 Comments

  1. WOW! Naik lagi saham Pfizer lepas ni.

    thefakhirin.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan