Syafiq Ahmad tertidur ketika memandu punca kemalangan

KEMALANGAN maut yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Bakap pagi tadi, dipercayai kerana Syafiq Ahmad penyerang pasukan bola sepak JDT terlelap atau tertidur ketika sedang memandu.



Perkara itu menyebabkan kenderaan MPV jenis Vellfire yang dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 163.6 berdekatan Plaza Tol Jawi.

Syafiq Ahmad dan bayi

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Lee Chong Chern, pemain bola sepak kebangsaan itu tertidur seterusnya menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan.

Menurutnya, berdasarkan kesan calar di atas jalan, kenderaan itu kemudian dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di bahagian kanan sebelum terbalik dan terseret.

"Ekoran itu menyebabkan tujuh penumpang terdiri dari bayi lelaki, ibu mertua dan pembantu rumah warga Indonesia maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambahnya lagi, isteri Muhammad Syafiq Ahmad, 25 mengalami cedera patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut dan otak serta patah tulang peha kiri.

Anak sulung mereka juga dipercayai mengalami pendarahan di dalam otak dan mereka berdua kini mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya, manakala Syafiq hanya mendapat kecederaan ringan katanya.

Difahamkan dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pada jam 4 pagi tadi, Syafiq Ahmad memandu kenderaan Vellfire dari Johor Bahru untuk membawa isterinya Nur Amalina Norain pulang ke kampung mertuanya di Pendang Kedah untuk berpantang.

Ibu mertuanya Zainab Wahab, 45 dua anak Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan Aaira Nur Saffiyya, 2 serta pemandu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42 berada di dalam kenderaan itu.


Ibu mertua, pembantu rumah, dan bayi terkorban dalam kecelakaan jalanraya itu. Jenazah ibu mertua dan bayi Suafiq Ahmad selamat dikebumikan di Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang.

Manakala jenazah pembantu rumah sudah dituntut oleh pegawai dari konsulat Indonesia Cawangan Pulau Pinang.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan