Telegram akan mula kenakan bayaran mulai 2021

APLIKASI pesanan Telegram dilapor akan mula mengenakan bayaran untuk perkhidmatan tertentunya mulai tahun 2021. Ini bermakna ia akan menyediakan perkhidmatan berbayar dan bukan sepenuhnya percuma seperti sebelum ini.

Pengasasnya, Pavel Durov pada hari rabu lalu dipetik sebagai berkata, syarikatnya memerlukan sekurang-kurangnya beberapa ratus juta dolar setahun untuk menampung kos operasi Aplikasi Telegram.

Telegram

"Telegram akan mula menjana pendapatan bermula tahun hadapan," kata Durov menerusi satu kenyataan.

Telegram merupakan platform sosial media yang popular di banyak negara, terutama di kalangan negara bekas jajahan Soviet Union dan Iran sebagai medium untuk komunikasi peribadi serta perkongsian info dan berita.

Setakat ini aplikasi itu mempunyai sejumlah 500 juta pengguna aktif sejak ia mula dilancarkan oleh Durov dan saudaranya Nikolai dalam tahun 2013.

"Dalam sejarah Telegram, saya menanggung perbelanjaan syarikat menggunakan wang simpanan sendiri," kata Durov.

"Namun, dengan peningkatan terkini Telegram berada di landasan untuk mencapai berbilion pengguna dan memerlukan dana yang sewajarnya," katanya.

Namun katanya fitur-fitur percuma aplikasi itu, akan terus disediakan secara percuma.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan