Terbaik! Anggota polis tolak rasuah RM40,000 dari sindiket judi online

SUSULAN pelancaran "Blueprint Anti Rasuah Polis," bulan lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador semalam dilapor mengeluarkan sijil penghargaan kepada lapan anggota yang enggan menerima rasuah RM40,000 dari sindiket judi atas talian.


Lapan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur telah melancarkan operasi membanteras perjudian pada 17 Oktober lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, menerusi Ops Dadu "Firestorm" dan menahan empat ahli sindiket yang cuba untuk merasuah pihak polis bagi mengelakkan diri dari ditahan.

Polis tolak rasuah

Pasukan polis yang melakukan serbuan ditawarkan rasuah berjumlah RM38,945 oleh dua orang suspek semasa operasi dijalankan. Wang berkenaan ditawarkan sebagai imbuhan kepada polis supaya tidak membuat tangkapan ke atas empat orang suspek terlibat dalam operasi itu.

Lapan orang anggota berkenaan ialah Sarjan Alan Finian Lopez, Sarjan Rosmawati Jamil, Sarjan Kaharul Nizam Mohd Khalil, Koperal Azlan Mat Yusop, Koperal Noor Hafiz Zulkiflie, Koperal Muhammad Hazriman Ismail, Lans Koperal Muhammad Hashim dan Koperal sokongan Mohd Jasrul Jasmani.


Abdul Hamid mengucapkan tahniah kepada semua anggota berkenaan kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas.

Menurutnya apa yang dilakukan itu seharusnya menjadi teladan buat rakan-rakan seperjuangan yang lain agar tidak mudah terjerumus dengan perbuatan tidak bermaruah yang boleh merosakkan masa depan dan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan