Thailand haramkan jualan arak online mulai minggu depan

PIHAK Polis dan Kementerian Kesihatan Thailand dilapor mengadakan satu sidang media pada hari Jumaat mengumumkan penguatkuasaan undang-undang baru yang melarang penjualan atau pengiklanan minuman beralkohol menerusi saluran digital.



"Bermula hari Isnin, 7 Disember, jualan dan pengiklanan minuman beralkohol atas talian akan diharamkan," kata jurucakap polis, Siriwat Deephor.

Arak Online

"Jualan secara langsung, memujuk pelanggan, promosi produk atau lain-lain perkhidmatan menerusi saluran digital yang membolehkan penjual membuat jualan tanpa bertemu pembeli secara bersemuka akan diharamkan,"

Larangan ini bagaimanapun tidak termasuk pembayaran arak menerusi kaedah elektronik di kedai-kedai, restoran atau bangunan yang menyediakan alkohol.

"Mereka yang ingkar berdepan hukuman penjara enam bulan atau denda 10,000 baht (RM1,343)," kata Siriwat.


Dr Niphom Chinanonwet, Pengarah Jabatan Penyakit Jawatankuasa Kawalan Alkohol berkata, kawalan itu diperkenalkan kerana sukar untuk memeriksa sekiranya penjualan kosong atas talian mematuhi undang-undang, seperti umur seperti dalam Akta Kawalan Minuman Keras.

"Larangan ini tertakluk kepada semua peniaga dan pemborong, tanpa mengira saiz syarikat, peraturan ini bukan langkah untuk menindas saluran jualan untuk peniaga kecil seperti dakwaan sesetengah pihak," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan