Tiada surat kebenaran rentas sempadan, pemandu lori dakwa polis minta rasuah bawang

SEORANG pemandu lori dari Shah Alam, dilaporkan membawa muatan bawang dan kentang untuk dihantar ke Seremban tengah hari semalam.



Namun dia tidak mempunyai surat kebenaran rentas sempadan, akibatnya ketika sampai di tol Senawang pemandu itu telah ditahan oleh anggota polis yang bertugas dalam satu sekatan jalanraya.

Anggota berkenaan dilaporkan meminta rasuah RM200 jika tidak mahu dikenakan saman RM1,000. 

bawang

Namun pemandu itu berkata dia tidak mempunyai wang kerana sudah tidak bekerja sejak Perintah Larangan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada bulan Mac dan baru sahaja mendapat kerja sebagai pemandu lori.

Namun selepas melihat muatan yang dibawa di dalam lori, anggota polis itu mengubah fikiran dan meminta 10 beg bawang. 


Pemandu tersebut merayu sambil menjelaskan harga bawang kini sangat mahal, setiap beg berharga RM50. Jika 10 beg bawang hilang, majikan pasti akan menolak gajinya, sebanyak RM500 yang jumlahnya sama dengan separuh gaji bulanannya.

Anggota polis berkenaan kemudiannya hanya mengambil 2 beg bawang sebelum melepaskannya pergi.

Namun selepas mangsa tiba di destinasi, dia telah membuat laporan di balai polis.

Selepas kejadian itu terbongkar, pegawai kanan polis di balai polis Seremban dilaporkan sangat marah dan dengan segera mengarahkan satu siasatan tegas dijalankan.

Seorang anggota polis berusia 55 tahun yang disyaki terlibat dengan kejadian itu telah ditahan. Pihak polis juga berjaya merampas dua beg yang masing-masing mengandungi 33 biji dan 23 biji bawang.


Selepas ditahan, anggota polis berkenaan bagaimanapun menafikan dia telah meminta rasuah, sebaliknya bawang itu adalah sebagai pemberian sebagai tanda terima kasih kepadanya kerana tidak mengeluarkan saman.

Menurutnya lagi, ketika memandu kereta pulang ke rumah, dia turut memberikan bawang itu kepada seorang lelaki dan seorang wanita India tanpa meminta wang.

1 Comments

  1. 1. Menafikan dia telah meminta rasuah, sebaliknya bawang itu adalah sebagai pemberian tanda terima kasih kepadanya kerana tidak mengeluarkan saman.

    2. Menurutnya lagi, ketika memandu kereta pulang ke rumah, dia turut memberikan bawang itu kepada seorang lelaki dan seorang wanita India tanpa meminta wang.

    3. Harga bawang sekarang mahal. Terima kasih kepada rakyat kerana kurang sungutan di media sosial seperti semasa PH memerintah dahulu.

    4. Jangan bimbang negara akan kekal aman selagi majoriti rakyat sayangkan kerajaan yang memerintah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan