16 tahanan lokap polis Mantin positif Covid-19

ENAM belas tahanan di lokap balai polis Mantin, Nilai, Negeri Sembilan dilaporkan positif jangkitan Covid-19.

Balai Polis Nilai

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata Mereka semua merupakan kontak rapat seorang tahanan lelaki yang disahkan positif virus itu selepas dibawa dari Penjara Sungai Udang, Melaka untuk dihantar ke sebuah penjara di Utara Semenanjung Malaysia.

$ads={1}

"Mereka akan dipindahkan oleh Kementerian Kesihatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Sungai Buloh, Selangor di bawah kawalan keselamatan polis," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tambahnya lagi seramai 31 anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada tahanan itu juga telah menjalani ujian dan kini sedang melalui pengasingan kendiri (kuarantin).

Pihak polis juga mendapat kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban untuk mengawal penularan Covid-19 di kalangan warga IPD Nilai serta para tahanan di bawah jagaan IPD itu.

Bangunan pentadbiran dan IPD Nilai juga telah melalui proses pembasmian kuman dan kini beroperasi seperti biasa katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan