Guru gantung banner di sekolah halau 'pengetua mental'

SETIAP orang tidak kira latar belakang kerjaya mempunyai tekanan kerja yang tersendiri tidak terkecuali para guru yang menjalankan tugas mendidik murid di sekolah.



Secara umumnya para guru terkenal dengan sikap sabar, dan berfikir panjang sebelum melakukan tindakan lebih-lebih lagi sesuatu yang mungkin akan menjejaskan banyak perkara termasuk nama baik sekolah, dan pandangan umum terhadap guru-guru itu sendiri.

Banner halau pengetua

Tapi lain pula ceritanya kepada guru-guru di sekolah SMK BB Seri Petaling. Mungkin kerana sudah lama menahan sabar dan tekanan yang dihadapi selama ini terhadap 'boss' mereka di tempat kerja, mereka difahamkan bertindak menggantung 'banner' untuk menghalau pengetua sekolah berkenaan.

Berdasarkan kain rentang yang tersebar di media sosial itu, guru-guru SMK BB yang menggelarkan PN NORWAJA BT. NORDIN sebagai 'pengetua mental' menggesa pihak atasan agar memindahkan segera individu tersebut bagi mengembalikan kejayaan dan kecemerlangan sekolah.

"Kami guru-guru SMK BB Seri Petaling memohon pihak KEM/JPWPKL/PPD PUDU-BANGSAR memindahkan segera Pn Norwaja Bt. Nordin (Pengetua Mental) dari sekolah Ini demi mengembalikan kejayaan dan kecemerlangan sekolah," tulis banner itu.


Hantaran yang dikongsi di akaun twitter milik @mxstaqim1 petang semalam tular di media sosial berkenaan mendapat lebih 12,800 retweet dan 22,600 likes beserta lebih 1,500 komen.

4 Comments

  1. Inilah jadinya bila pengetua sudah tidak mendapat sokongan majoriti daripada guru-guru di sekolah.

    ReplyDelete
  2. setiap perbuatan lebih lebih lagi yang akan melibatkan reputasi atau kesan yang tidak baik pasti bersebab. mesti ada sebab yang munasabah dengan tindakan guru guru ni menaikkan banner. terpulang pada pihak yang harus terlibat dalam masalah ini untuk menggunakan kebijkasanaan dalam menyiasat dan menyelesaikan konflik ini.

    ReplyDelete
  3. Takut nanti sekolah lain di mana dia akan dipindahkan terbentang pula kain rentang bertulis :-

    "Kami guru-guru SMK XXXXXXX memohon pihak KEM/JPWPKL/PPD XXXXXX MEMBATALKAN segera Pn Norwaja Bt. Nordin (Pengetua Mental) KE sekolah Ini demi MENGEKALKAN kejayaan dan kecemerlangan sekolah,"

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan