Hyundai tutup pejabat di Malaysia untuk pindah ke Indonesia

PEJABAT Hyundai Motor Corporation bagi wilayah Asia Pasifik yang terletak di Mutiara Damansara dilaporkan akan ditutup, sebelum memindahkan operasinya ke negara jiran Indonesia.



Perkara itu sekaligus menjadi tamparan kepada Malaysia yang dilaporkan bercita-cita untuk menjadi pusat automotif di Asia Tenggara.

Hyundai trainning centre

Pejabat Hyundai Motor Corporation itu turut menempatkan Hyundai Trainning Academy yang mula dibuka di negara ini pada tahun 2015.

Pasukan Hyundai Malaysia di pusat latihan bersaiz 17,965 kaki persegi itu menyediakan bantuan sokongan termasuk jualan dan latihan selepas jualan kepada kakitangan Hyundai di 32 buah negara dalam Wilayah Asia Pasifik.

Ini menjelaskan mengapa terdapat banyak kereta dengan pemanduan sebelah kiri seperti Hyundai Genesis dan model-model lain yang tidak dijual untuk pasaran Malaysia, seringkali kelihatan di sekitar kawasan Mutiara Damansara.

Difahamkan banyak pengilang kenderaan mula berhenti melabur di Malaysia sebaliknya menjadikan Indonesia sebagai pilihan selepas Presiden Indonesia Jokowi menyatakan komitmen untuk mempromosikan kenderaan berkuasa elektrik.


Hyundai turut mengesahkan bahawa syarikat itu akan melabur sebanyak USD4.02 bilion di Indonesia sehingga tahun 2030. Pelaburan itu termasuk pelan penghasilan 150,000 buah kereta setahun di Bekasi, yang terletak di Timur Jakarta. Pengeluaran itu akan bermula tahun ini.

Syarikat gergasi pembuat kereta dari Jepun iaitu Toyota juga dilaporkan akan melabur sebanyak RM8.04 bilion duit Indonesia dari sekarang hingga ke tahun 2023 untuk mengeluarkan kereta kereta hibrid dan berkuasa elektrik.

"Disebabkan kerajaan Indonesia sudah mempunyai rancangan pembangunan kederaan elektrik, Toyota menganggap Indonesia sabagai destinasi pelaburan EV (kenderaan elektrik) perdana," kata Akio Toyoda dalam bulan Jun 2019 dalam satu kenyataan bersama dengan kerajaan Indonesia.

Syarikat pengeluar bateri dari China, CATL yang juga merupakan pembekal terbesar dunia bateri berkuasa tinggi untuk kenderaan berkuasa elektrik, akan melabur sebanyak RM20.09 bilion untuk membina kilang bateri di Indonesia dalam tahun 2024, manakala syarikat LG Chem sudah hampir untuk memuktamadkan perjanjian juga untuk membina kilang bateri yang dikatakan bernilai RM39.37 bilion di Indonesia.

2 Comments

  1. Inilah diantara beberapa pencapaian gemilang kerajaan melayu islam PN. Lain2: harga minyak petrol terus naik, kes Covid naik tiap2 hari pecah rekod dah hilang kawalan, kumpulan melayu PN tak henti2 bergaduh dan KORUPSI tak payah cerita dan akibatnya kita telan bangkai tanpa disedari. Dulu korang punya seronok hentam kerajaan PH. Apa rasanya terkena pulang paku buah keras? Nak salahkan DAP lagi?

    ReplyDelete
  2. Menteri2 bodoh...tindakan bodoh....dpt hasil yg bodoh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan