Orang utan paling tua di dunia meninggal dunia

SEEKOR orang utan bernama Inji, yang dipercayai merupakan spesis orang utan paling tua di dunia dilaporkan meninggal dunia di Zoo Oregon, Amerika Syarikat.

Inji terpaksa dibunuh secara perubatan pada hari Sabtu lalu kerana bertarung dengan keadaan kesihatan yang teruk pada usia 61 tahun.

Inji the oldest orang utan in the world

Dalam persekitaran liar, orang utan dipercayai jarang dapat melepasi hayat hidup melebihi umur 40 tahun.

Menurut penjaga zoo, kesihatan Inji dilihat semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Inji jarang meninggalkan kotak sarangnya, sejak beberapa minggu lalu dan tidak lagi berselera untuk makan.

Pihak zoo membuat keputusan yang sukar untuk membunuh Inji pada hari Sabtu lalu selepas menyaksikan pemberian ubat tahan sakit tidak lagi dapat membantunya.

Tarikh kelahiran Inji yang sebenar tidak diketahui namun ia dipercayai dilahirkan di dalam persekitaran liar sekitar tahun 1960.

Inji dibawa masuk ke Amerika Syarikat menerusi dagangan haiwan liar yang ketika itu masih dibenarkan mengikut undang-undang, dan telah dibawa ke Zoo berkenaan oleh pemiliknya dalam tahun 1961.

Pada ketika itu orang utan betina tersebut dianggarkan berusia setahun ketika hari pertama tiba di zoo Oregon pada 30 Januari 1961.

"Kami tahu ia tidak boleh hidup selama-lamanya, namun perpisahan ini sangat menyedihkan, dan saya tahu ramai pelawat yang turut bersedih bersama kami," kata Bob Lee, yang bertugas menjaga kawasan haiwan zoo berkenaan.

"Kebolehan Inji bermesra dengan orang ramai sangat luar biasa. Ia memberi inspirasi kepada pelbagai generasi," 

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan