PKP seluruh Malaysia kecuali Sarawak mulai 22 Jan

PERINTAH Larangan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di seluruh Malaysia kecuali Sarawak mulai 22 Jan ini. Lima buah negeri lagi dimasukkan dalam senarai PKP.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaacob dalam satu sidang media yang diadakan petang tadi.

Ismail Sabri

Menurutnya PKP di Kedah Perak Negeri Sembilan Terengganu dan Pahang akan diteruskan sehingga 4 Febuari.

"SOP PKP akan digunapakai di tempat-tempat ini. Operasi perniagaan bermula dari jam 6 pagi sehingga 8 malam," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Sarawak bagaimanapun masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pada 11 Januari lalu Muhidin Yassin mengumumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Selangor Melaka Johor dan Sabah akan dikenakan PKP bermula 12 Januari sehingga 26 Januari 2021.

Negeri Kelantan kemudiannya dikenakan PKP bermula 16 sehingga 29 Januari.

Menjawab soalan wartawan, Ismail berkata kerajaan akan menunggu laporan daripada Kementerian Kesihatan sebelum membuat keputusan sama ada keputusan itu akan dilanjutkan.

"Setakat ini, PKP di negeri-negeri lain akan berjalan selama 2 minggu. Kita akan menunggu laporan dari KKM berhubung kes-kes baru,"

"Selepas itu kita boleh membuat keputusan, jika kes berkurangan, kita mungkin kembali kepada PKPB atau mungkin melanjutkannya bergantung kepada laporan dari KKM," katanya.

Menurutnya lagi pihak polis telah menahan sejumlah 590 orang kerana melanggar pelbagai ketetapan SOP, seperti gagal memakai penutup muka, tidak menjaga jarak sosial, dan tidak mendaftar butiran pelanggan.

Berhubung Ops Benteng, katanya seramai lapan warga asing tanpa dokumen telah ditahan dan pihak berkuasa juga merampas sejumlah 12 kenderaan darat.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan